Assalamualaikum.
Salah satu sayur yang sangat Mas suka .. Asam Rebus Batang Keladi, makan dengan nasi panas dan telur dadar jerk dah cukup sedap ..Alhamdulillah..
Mas sharekan resepinya yerk ..
Selamat mencuba ...
Asam Rebus Batang Keladi
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
asam keping
2 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Kisar :
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup
Cara Memasak
Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi, asam keping & batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, asam keping, gula dan garam.
Masukkan daun kesum dan perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.
sedapnya.kegemaran ni. lama dah tak buat
ReplyDeletesedap... sy baru buat sis...
ReplyDelete