Search This Blog

Thursday, September 26, 2013

Homemade Jeruk Mempelam




Assalamualaikum.
Hari ni meh layan jeruk mempelam...asyikkk kalau dapat makan...Mas lebih suka buat sendiri..bebas dari sebarang bahan pengawet..
Sape2 yang mempelam berbuah lebat, rajin2 la buat jeruk mempelam....Mas beli jerk kat pasar tani, kebetulan tempat yang Mas selalu beli pisang tu ada mempelam muda ni...terus teringat nak buat jeruk...buat ibu2 hamil yang suka makan jeruk...elok makan jeruk yang dibuat sendiri...berbaloiii....untuk bahan2nya tu....sila agak yerk...


Jeruk Mempelam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
Mempelam muda 
garam
gula sedikit gula batu - untuk rangupkan lagi jeruk tu...
air




Cara :
Kupas kulit mempelam dan belah2 .
Rendam dengan air garam, agak2 tenggelam mempelam tu...
Sukatan garam, agak2 air tu rasa masin.
Biarkan dalam tempoh 24 jam..
Masak air gula ( agak2 air dan gula tu ) - contoh 1 cawan gula : 2 cawan air. 
Simpan air gula dalam petiais.
Selepas tempoh 24 jam...tuang air garam, toskan mempelam tu.
Kemudian masukkan dalam balang dan tuang air gula ( sejuk ) hingga tenggelam mempelam tu...masukkan 2 biji kecil gula batu ke dalam balang berisi mempelam dan air gula tadi. 
Kalau tak letak gula batu pun tak pe, fungsi gula batu merangupkan lagi jeruk tu.
Biarkan 2 hari baru sedap dimakan.
Lebih sedap disimpan dalam petiais.


Tuesday, September 24, 2013

Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak




Assalamualaikum.
Try resepi yang dah lama tertangguh....akhirnya buat juga Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak, tak de la susah sangat membuatnya...tengok macam susah...he3..
Alhamdulillah Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak menjadi dengan jayanya...bila dapat rasa masakan tu macam yang diinginkan..kiranya masakan kita berjaya la kan...sangat sedapp Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak resepi yang Mas ambil dari blog Kak Azie Kitchen. Cuma tahi minyak tu Mas baru perasan kena gelap lagi warnanya...hmmm...boleh diperbaiki next time...he3
TQ kak..Mas share resepinya disini pulak yerk...


Kuih Koleh Kacang
Sumber : Kak Azie Kitchen.

Bahan : 
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam




Cara :
Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.

Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.

Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.

Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.

Siap untuk dihidangkan.


Monday, September 23, 2013

Kek Pisang Cepat Siap ....sedapppppp




Assalamualaikum.
Subuh tadi godek2 buat kek pisang yang simple ni..
tak payah guna mixer bagai, godek2 gitu jerk, dah siap tuk dibakar...hasilnya...yummyyyy...kek pisang yang lembut gebu dan moist terhasil...
Alhamdulillah sarapan Mas sekeluarga ....resepinya Mas ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan - CMG
TQ CMG dan tuan resepi asal kek ni...


Kek Pisang Cepat Siap


Bahan :
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan


Cara  :
Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. 
Masukkan telur, kacau hingga rata. 
Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). 
Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..




Sunday, September 22, 2013

Kuih Lapis Pelangi





Assalamualaikum.
Alang2 ada order kuih lapis , Mas buat sekali untuk anak2 ...padahal maknya yang makan banyak..he3.
Resepi Mas ambil dari dapur ratu kuih2 kukus yang cantik manis iaitu Kak Yatie - Sinar Kehidupanku. TQ kak, resepi2 dari blog akak memang terbaek...sedapppp kuih lapis tu, Alhamdulillah custemer pun puji sedap....
Mas share resepinya disini pulak yerk...
Nota dari blog kak Yatie, Mas paste disini pulak untuk rujukan....
Buat kuih lapis ni kenalah bersabar, sekiranya kuih yg kita buat tu tak menjadi, janganlah kita salahkan pd tuan punya resepi. Kita mestilah kaji di mana silapnya kita...mungkin kita kukus sekejap sangat atau sukatan tak berapa betul.
Pastikan setiap lapisan yg kita kukus tu membeku, kadang2 lapisan yg pertengahan kena lebihkan masa sikit sbb lapisan dah tebal....masa ini kita kena pandai mengagak ikut kesesuaian. Sekiranya adunan tak membeku betul, adunan akan bercampur dngn adunan warna lain.Inilah saja cara saya utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik. Di sini saya sekadar berkongsi sedikit petua utk pastikan kuih lapis ni menjadi. Kalau yg rajin tu bolehlah guna 7 warna pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi. Saya guna loyang 10 inci utk resepi ini. Kawan2 bolehlah buat separuh adunan sekiranya terasa kuih ni terlalu banyak.





Kuih Lapis Pelangi



Bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning

Cara Penyediaan :
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.



Thursday, September 12, 2013

Apam Polkadot Gebu





Assalamualaikum.
Terajin lak mengupdate blog kan.....he3 ...meh Mas share satu resepi Apam Polkadot yang gebu ....kelainannya resepi ini menggunakan minyak masak...TQVM pada Cida De'Nuanza yang sudi berkongsi resepi Apam Polkadot diwall fbnya...Mas share disini pulak yerk...sila2 la mencuba ...kalau nak order ngan Mas pun boleh, sila3 ....


Apam Polkadot 
Sumber Resepi : Cida De'Nuanza 


Bahan A :

3 biji telur
2 sudu teh ovalete
3 sudu besar minyak masak
200 gram gula castor


Bahan B: 
250 g tepung naik sendiri + 1 sudu teh baking powder
150 ml susu segar (sy guna susu tin f&n)



Cara :

Pukul bahan A kat atas sampai kembang n gebu...adunan akan jadi berganda2 dan keputihan)
Lepas adunan tadi kembang, masukkan tepung selang seli dengan susu sampai habis dan pukul sebati.

Lepas tu bahagi la ikut berapa kaler yg nak

Sediakan acuan (bekas lompang kaca atau plastik), isikan cup kertas di dalamnya, masukkan sedikit adunan
(lebih mudah kalo masukkan adunan dlm plastik, just paipkan)
paipkan separuh je, pastu leh la letak filling (inti) yg di sukai..
kemudian paipkan baki lg separuh hingga memenuhi cup

ambik kaler lain, dot2 kan atasnya (masa dot2 ni, gunting bucu plastik lubang kecik je)

kemudian panaskan kukusan hingga airnya mendidih
kemudian kecilkan api 
kukus selama 9-10 mnt (sy kukus 9 mnt)

dlm resepi asal, 15 mnt, tp nti habis pecah apamnya
jgn terlalu sekejap, nti dlmnya x masak...bab ni kena la try error sendiri ye berapa mnt yg sesuai...test 2-3 cup dulu...
sbb lain dapur, lain pengukus, lain hasilnya







Wednesday, September 11, 2013

Cream Puff Filling Kastard yang sedapppp dan tips membuatnya




Assalamualaikum.
Sape yang suka Cream Puff ...memang lazat....tapi nak membuatnya...kadang2 agak renyah tau...adat dalam memasak...kadang2 menjadi dengan elok..kadang2...agak menghampakan juga.....jadi...meh Mas share sedikit pengalaman Mas membuat Cream Puff, kata orang...praktis make perfert....pernah cream puff tu terpaksa dibuang gitu ajerk berdasarkan banyak faktor...jadi jangan mudah putus asa yerk dalam memasak ni....untuk resepinya...Mas copy dari blog tauke kek yang pemess Anna Qawina. TQVM



Cream Puff 
Sumber : Anna Qawina


Bahan :
125 grm butter
1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
150 grm tepung gandum  *diayak bersama
1 sudu kecil baking powder - Mas tambah 
 *diayak bersama 
1 sudu besar gula kastor - Mas tambah 
 *diayak bersama 
secubit garam 
 *diayak bersama 
4 biji telur
1 sdk esen vanila

Cara :
Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
Masukkan bahan2 kering yang di ayak.
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer.
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
Masukkan juga esen vanila.
Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat. 
Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik. 
Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
"On" kipas oven jika ada.
Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.




Resepi Filling Kastard
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu ) 

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
*Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Cara menyediakan Cream Puff
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
Tabur snow powder diatasnya.
Jemput makaaannn.. 



    Tips :
    Sapu alas loyang dengan marjerin @ butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti.....
    Masak cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk....
    Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...
    Telur juga penting yerk....pengalaman Mas, telur gread A menghasilkan cream puff yang cantik...
    Letakkan dulang pada rak tengah supaya cream puff masak sama rata... 
    Sila spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
    Untuk hiasan, Mas tabur snow powder atas cream puff tu....rasanya kurang manis berbanding gula halus dan teksturnya kekal tak cair seperti gula aising....boleh didapati dikedai2 bakery....


    Untuk tempahan, boleh contact Mas 0134242505


    Monday, September 9, 2013

    Order2 yg lalu......TQVM pd semua



     Princess Cake  - Choc Cake 



    Apam Polkadot



    Cheese Tart 



    Pavlova



    Snow Cheese Cake



    Red Velvet Cake



    Cream Puff 


    Rainbow Cake 




    Football Cake - Red Velvet Cake




    Rainbow Cake 


    Kek Pandan Lapis Kastard





    Snow Cheese Cake



    Monday, September 2, 2013

    Puding Karamel - sedap sangatttt




    Assalamualaikum.
    Masa belek2 blog kak Azie, terjumpa resepi Puding Karamel ni...seriusss terus terpikattt...
    Jadi Mas pun try membuatnya....Alhamdulillah....memang sangatttt sedapp..Jadi Mas share resepinya disini pulak yerk..TQ kak Azie...



    Puding Karamel - Resepi II
    Oleh: Azie Kitchen
    Untuk: 20 bekas


    Bahan :
    1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
    1 tin susu cair
    1 tin air
    5 - 6 telur - buang mata
    Esen vanilla
    1 1/2 cawan gula pasir - untuk dijadikan gula hangus
    3 cawan air - untuk dijadikan gula hangus




    Cara cara:
    Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Gula hangus ni memang cair yerk...
    Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
    Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 
    Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 
    Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.