Search This Blog

Monday, August 29, 2016

Resepi Japanese Cotton Cheesecake yang sedap




Assalamualaikum.
Atas permintaan seorang rakan, teringinkan Japanese Cotton Cheesecake , Mas merajinkan diri membuat setelah sekian lama tak membuatnya.
Alhamdulillah, cantik kejadian kek ni.
Untuk resepi, Mas suka merujuk pada blog Kak Azie Kitchen.
TQ kak, Mas share disini pulak yerk.


Bahan A :-
250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar full cream
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
20g tepung jagung

Bahan B :-
140g gula pasir
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon




Cara:-
1 - Cairkan cream cheese, butter & susu segar full cream dgn teknik double boiler. Kacau hingga adunan sebati & licin .
2 - Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tadi.
3 - Kemudian ayak tepung gandum, baking powder, garam & tepung jagung.
4 - Masukkan kuning telur kedalam adunan cream cheese, kacau rata, masukkan jus lemon, kacau lagi, kemudian masukkan bahan2 ayak tdi, kacau sebati, ketepikan.
5 - Dalam bekas lain, pukul putih telur ,& jus lemon hingga berbuih ( foamy ) , lepastu masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan pukul hingga adunan bertanduk ( soft peak ) .
6 - Campurkan adunan putih telur dengan bahan A, dan kacau kaub balik perlahan2 hingga sebati. 
7 - Sediakan tin saiz 8 ,sapukan marjerin seluruh loyang & kemudian lapik kertas baking bawah & sekeliling dalam loyang & tuang adunan kedalam loyang tadi. 
8 - Bakar kek pada suhu 200c dengan kaedah waterbath dengan api bawah sahaja selama 1 jam .5 minit terakhir, Mas buka api atas sahaja utk dapatkan kek yang keperangan bahagian atas. 
9 - Bila dah masak, kluarkan dari oven dan terus telangkup atas rak dan buang kertas baking yg melekat pd kek & biarkan sejuk.




2 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.