Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, December 8, 2015

Kuih Lapis yang sedap




Assalamualaikum.
Kuih2 talam gini memang menjadi kegemaran Mas, bila dah mencuba resepi dari blog Kak Yati - Sinar Kehidupanku, Mas terus jatuh hati dengan resepi ni ..
walaupun resepi dari kak yati kuih lapis pelangi, tak de salah tukar ke kuih lapis biasa, janji sedap kan. 
Jadi Mas share resepinys disini, untuk tempahan, memang Mas gunakan resepi ini .


Kuih Lapis



Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning ( Mas buat kuih lapis biasa, jadi bahagi 2, satu letakkan sirap jerk ) dan tiap adunan bahagikn 3 ).



Cara Penyediaan

Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Mas buat kuih lapis biasa, jadi bahagi 2, satu letakkan sirap jerk ) dan tiap adunan bahagikn 3 )
Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian. - abaikan 
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan 
( Mas guna loyang 10x10 inci ) 
dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis.
 (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. 
Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.




1 comment:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...