Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, September 24, 2014

Marble Banana Muffin - moist & sedappp




Assalamualaikum.

Lama Mas tak buat muffin ...
Bila ada stok pisang ranum.. teringat muffin yang sangat sedap ni..
pernah buat dua tiga kali sebelum ni.
memang sangat sedap..
untuk resepi, Mas copy dari blog tauke muffin yg glemer tu .. Izah - Izah Muffin Lover... TQ Jah ... 
TQ juga pada  kak rima - Bisousatoi atas perkongsian resepi muffin yang lazat ni...
Kali ni Mas tk buat marble.. sekadar campurkan adunan dengan choc rice dan taburkan juga choc rice dan sedikit parutan cheddar atas muffin ...



Marble Banana Muffin

Source: Bisous A Toi


Bahan:

A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor 
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)
Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (saya tak letak)




Caranya: 
Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan. 
Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. 
Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. 
Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. 
Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. 
Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin. Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit. 








1 comment:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...