Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, December 31, 2013

Roti Gebu Resepi Isma Maisarah FB




Roti Cheese Gula



Assalamualaikum.
Macam2 ada kan... untuk 1 adunan..macam2 jenis roti boleh dipelbagaikan. TQ Isma Maisarah FB untuk resepi roti yang mabeles gebu ni...
Mas share resepinya disini pulak yerk..
Selamat mencuba ..

Roti Gebu 
Resepi :  Isma Maisarah FB

Bahan :
500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. 
Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. 
Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kunibg telur..
bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.


Water roux

Bahan :
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Cara :
Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.




Boleh juga dibuat Sosej Bun .


7 comments:

  1. Saya ni pandai baca jea resepi tu, nak membuatnya agak tak pandai lagi..

    ReplyDelete
  2. wow mcm2 ada....sedap roti wat sendiri kan...

    ReplyDelete
  3. Cam2 ada..mcm kat kedai roti jea..hehe

    ReplyDelete
  4. wah Mas meroti pulak ni nampak gebus gebas je, macam2 pesen lagi rajinn nyeeee, akak pun nak merajinkan diri jugak lah..

    ReplyDelete
  5. kak mas leh bukak bakery dah la.. :)

    ReplyDelete
  6. emm sedapnya..
    www. mommyanneshop.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...