Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, July 9, 2013

Maggi Goreng Ala Mamak




Assalamualaikum.
Maggi Goreng Ala Mamak ni tuk bekpes pagi ni, masa sembang2 ngan Noorsha kat fb tadi, Noorsha cerita dia buat mee goreng, tetiba Mas jadi teringin nak makan...he3..macam2 kan, jadi guna jerk bahan yang ada kat dapur, Mas guna manggi kari....Alhamdulillah......sedap macam manggi goreng kat kedai mamak....Mas share resepinya disini...Selamat Mencuba


Maggi Goreng Ala Mamak
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 bungkus Maggi Kari
udang, sotong atau isi ayam
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil cili mesin
2 cili padi - dihiris 
1 sudu besar sos tiram
kobis @ sawi
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih

Cara Memasak :
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili mesin, sos tiram,rempah kari dari maggi dan cili padi.
Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam dan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.





21 comments:

  1. Sedapnya megi goreng... buat bersahur pon ok ni... Salam Ramadhan Mas...

    ReplyDelete
  2. wahh sarat dgn segala mcm benda.. buat menu berbuka pun best gak ni..
    slmt berpuasa mas..

    ReplyDelete
  3. wahhh...sedap plak nampak megi goreng
    biasanya nk mkn megi goreng, en suami yg buatkan...
    dia buat lg sedap dr bini dia buat...hihi

    ReplyDelete
  4. akak pun cadang nk buat megi goreng gak tengahari ni..mlm nanti bleh masak terus utk sahur.. ni dah takde mood nk masak tengahari...hahahaha...

    ReplyDelete
  5. bestnya maggi grg, penuh dgn lauk...Selamat Berpuasa Mas..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap, tapi tak boleh makan sebab ada sakit kronik

    ReplyDelete
  7. Rempah kari tu letak semua ke

    ReplyDelete
  8. nampak sedap, nak cuba buat

    ReplyDelete
  9. Resepi kita sama,mmg sdap,kwn2 pun bleh try.

    ReplyDelete
  10. Nak try buat skrang gak!!!hehe..:)

    ReplyDelete
  11. terus terliur tengok gambar mas. InsyaAllah nak cuba

    ReplyDelete
  12. Fuh Lapar dah ni, magi pun jadi

    ReplyDelete
  13. wow bestnya,,,lazat,,nk cuba buat la,,tq sharing

    ReplyDelete
  14. sedapnya maggi goreng mamak. leh sy cuba buat sndr

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...