Search This Blog

Wednesday, July 17, 2013

Biskut Telur Rebus




Assalamualaikum.
Ada yang pelik dengar nama biskut ni.....seriusss Mas cakap...Biskut Telur Rebus ni sangat sedapp...teksturnya yang rapuh dan mencair dimulut memang sangat mengasyikkan bila dimakan. Aduh..tak boleh stop mengunyah klu dah rasa sebiji.... tima kasih pada tuan resepi Mamajay atas perkongsian resepi biskut yang mabeless ni..Mas sharekan lagi disini yerk....


Biskut Telur Rebus
Resepi : Mamajay
Sumber : Noorsha

Bahan² :
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta @ butter
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja )
badam hiris secukupnya untuk hiasan




Cara² :
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris. 
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.


 Nota :  
Order masih dibuka buat yang berminat...boleh cont Mas / sms 0134242505



11 comments:

  1. nampak cantik je kejadian biskut tu...
    thn ni x ambik tempahan biskut, leh la cuba biskut2 yg terhangat di pasaran..hihihi

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan...uniknya nama biskut..first time dgr..hehe

    ReplyDelete
  3. lama dah dgr pasal biskut ni.. tp belum pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  4. baru nak cari resepi ni. dah pun dishare. terima kasih ye.

    ReplyDelete
  5. Assalam Mas,
    pernah dengar juga biskut gunakan telur rebus..
    tapi tak boleh imagine rasanya tu..pasti satu kelainan kan..

    ReplyDelete
  6. Sedap...yummilicious

    ReplyDelete
  7. boleh tak guna tepung jagung biase je? sbb cari maizena tu 4 tmpt xde..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.