Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, January 16, 2013

Snow Cheesecake .....mabelesss




Assalamualaikum.
Meh layan jerk entry kek yang berderet2 ni.....gini lah kalau dah start buat kek...rasa susah lak nak stop...makan tidak la banyak mana pun...seronok buat tu yang lebih...sudahnya anak2 bawa gi sekolah...makan ramai2 ngan kekawan dia...he3
Untuk kali ke -2 Mas buat Snow Cheese Cake yang sangat sedap nie...lembut gebu kek ni bila dikawankan dengan cheese, menjadikan Snow Cheese Cake ni sangat mabeless...rasa susah pulak nak stop makan bila dah masuk mulut...resepi Mas copy dari Izahdaut dan Kak Diana. TQVM pd semua...Mas kongsikan disini pulak.....


Snow Cheesecake

Bahan²

6 biji telur ayam ( buang 2 putih telurnya ) 
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - akak guna self raising flour 
60 gram tepung jagung  ( maizena )
50 gram air sejuk  ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder -  tak letak
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega  ( dicairkan )
izah tambah esen vanilla 


Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - izah letak sekadar manis pada selera 

** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )


Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan
.





Cara²
Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( * izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath ).
** Diana pula bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan bakar menggunakan api atas dan bawah.
Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. ( * izah potong kek  menggunakan benang ).
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.



8 comments:

  1. ramai dah buat ni..tak boleh jadi ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. salamm..
    bila la nk bleh bt kek ni..
    asyik dok tgk yg org lain sj..

    ReplyDelete
  3. salam mas..kite dh buat..........tpi lom tayang..tgok ni rasa nk buat lagi oooooooooooo....kek ni makin lame makin sedapppp di makan kan..

    ReplyDelete
  4. mas, makan tidak banyak mana la bagus, selamat body dr jd bam bam, hehehe. nampak sedap la mas, nak sepotongggg! :)

    ReplyDelete
  5. mas, waaah...tgk pun dah marbeles aptah lagi kalo dirasa..tabik spring krn mas mmg sgt berbakat..

    ReplyDelete
  6. salam...masss...seeeedaaaaaaapnyaaa....teringinn..nk wat,tapi takutlah! ;D zila66

    ReplyDelete
  7. kak....boleh x klo wat kukus

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...