Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, December 4, 2012

Udang Tumis Tempoyak




Assalamualaikum.
Resepi yang simple dan sangat menyelerakan...makan dengan nasi panas2 memang sangat best...tak payah lauk lain dah....ni gara2 tengok HaSue tayang kat fb...jadi terliur lak...kebetulan memang MIL kasi tempoyak baru....hmmmm...memang terus cari udang.....dan buat....hmmm...memang sangat mabeless...


Udang Tumis Tempoyak 
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
 isi udang tanpa kulit secukupnya
cili padi merah + hijau , ikut pedas yerk -  ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - 
ditumbuk
2 @ 3 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak
sedikit air panas jika nak berkuah sikit

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis hingga garing, masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga masak. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati. Jika nak berkuah, tambah sedikit air panas dan biarkan seketika dan boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.




8 comments:

  1. amboiiii


    lapo..
    sedap benor tu mas...

    ayu singgah bw piring kosong ya

    ReplyDelete
  2. salam mas... adoiiii laaa... tenet arini mmg bengong btol la... grrrrrrr... pasal tempoyak akak datang jugakkk... nakkkkkkk....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya...fevret faa ni...grrrr..balik hujung minggu ni nak buat kat rumah!hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mas...byk ke tempahan crepe...wah suka dgn lauk udang tempoyak ni...kalau mkn pasti betambah nasi...

    ReplyDelete
  5. salam singgah..tgk pic ni mlm2 pun boleh pecah liur..

    ReplyDelete
  6. Ermmmm... sedapnya... hb k.gee pon suka... biasnya k.gee tambahkan hirisan halus daun kunyit muda... tambah wanginya...

    ReplyDelete
  7. wahh.. ni memang terbaikkk ni mas.. feberet kalau tempoyak dibuat sambal mcm ni..

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum Mas..
    Mas akak tak nak pun wpun suka lauk mas ni..hehehe..."berlagak" kan..hehehe.. Sebab akak pun makan lauk tempoyak gak hari ni. Tempoyak sayur2 tu.. Tapi kalau boleh capai lauk tempoyak udang mas yg mmg kesukaan akak ni, sure dah akak seluk tangan kat monitor lappy akak ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...