Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, December 23, 2012

Fruits Tart & order dibuka bermula 24/12/12 - Isnin




Assalamualaikum.
Salah satu dessert yang sangat best....sedapppp sangat bila krim kastard digabungkan dengan buah2an segar.....dimakan sejuk2...hmmm..memang syokkk...
Juga salah satu order yang sentiasa mendapat sambutan...
Untuk resepinya, Mas ambil dari blog akak yang glemerr dari Johor tu  Kak Azlita. TQ yerk kak dan CMG.
Mas kongsikan pulak disini...
Untuk yang berminat nak order dgn Mas...boleh cont Mas.


Fruits Tart
By : Kak Azlita dan CMG.

Bahan Tart :
150 gram tepung halus atau tepung gandum 
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard :
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje 

Hiasan :
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan 
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah 
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing





Penyediaan Tart :
Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard  :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan :
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.





7 comments:

  1. salam Mas, dah lama jugak tak makan fruits tart ni terhingin lah tengok Mas punya ni leh try lepas ni kena cari buah lah yg bahan lain mmg dah ada ni

    ReplyDelete
  2. Asslmkum Mas.
    Sedapnyaa..Nasib dah dapat rasa seketui hr tu. Akk dah beli acuan. Kunun nak buat la juga. Tp ntah bila la nak buatnya. Sekarang ni mood M tu kuat beno. Heee

    ReplyDelete
  3. Mas dah buka kedai tu lepas ni boleh ler cuti2 Sabah!!

    ReplyDelete
  4. Aslmkm. Wah, tomei2 nya, best utk sekali ngap... mewah dgn buah2an... semuga bisness maju jaya.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...