Search This Blog

Thursday, November 29, 2012

Ayam Masak Bawang Berempah




Assalamualaikum.
Entry tertunggak sebenarnya, nak entry resepi2 terkini...rasa macam tak ter update blog la pulak...bila anak2 kat kampung, mood memasak memang jatuh merundum..masak jerk yang simple2 tuk Mas, tapi dapo tetap berasap sebab memenuhi order yang saban hari tak putus2 ada, Alhamdulillah.....rezeki dari Allah, 
Walaupun dah lama Mas masak Ayam Masak Bawang Berempah ni, teringat2  lagi tau kesedapan ayam ni, memang sangat sedappp...kalau tengok resepinya, memang terkejut juga sebab diberi dalam jumlah 300 orang makan...untuk kenduri tu...he3..jadi kena la pandai2 sukat bahan tu sendiri bergantung banyak mana ayam yang kita guna...ala...masak lauk ni tidak la cerewet sangat, asalkan seimbang sukatannya...insya Allah...sedappp lauk tu..ikut jerk bahan2nya, sukatan jerkk kita boleh adjust sendiri..jadi kalau ada yang terasa nak menerai Ayam Masak Bawang Berempah ni..cuba la...memang terbaikk....


Ayam Masak Bawang Berempah
Resepi : Mamak Haji
Sumber : Zaliedana dan Kak Watie

Bahan :
Masakan untuk 250 - 300 orang. Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..

Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125 gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50 gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50 gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125 gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100 gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

Cara memasak :
Kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak.
Nota: 
Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.





6 comments:

  1. salam Mas
    aduh terliurnya akak nengok ayam yg tergolek tu mmg sedap ni makan dngn nasi panas or nasi tumis ke kan harus dicuba ni

    ReplyDelete
  2. mmg meleleh tgk masak ayam ni....
    sedapnya.....

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Mas.
    Akaka datang ni. Tetamu jauh kena jamu tau. Ekekeke. Sedap tu tgk ayam tu. Nasib hakak diet dik...Kui3>>>>>>> sila jgn muntah ya.haha

    ReplyDelete
  4. Salam Mas....terkejut tu memang ada...sebab 250 ketul ayam tu bukan sikit tau...byk tu...hehehe...

    ReplyDelete
  5. Assalam Mas, nampak sedap lauk ni mas..boleh masuk list lagi ni..
    oo anak2 kat kampung ya..tinggal adam ajelah ya..
    cubitkan sikit pipi adam untuk akak ya..tembam sekarang akak tengok tau..

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum Ms..

    Massss...kak Naz suka ayam bawang(akak panggillah) kedai mamak ni.. Banyak ruanya bahan2 dia..Patutlah sedap semacam jer.. Yg pasti mmg bawang banyak betul kena guna kan utk hasil yg terbaik!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.