Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, August 11, 2012

Chocolate Chips Cookies




Assalamualaikum.
Lepas buat Biskut Kelapa Sapi semalam, terus buat Chocolate Chips Cookies resepi dari Kak Fida Myresepi pulak. Senang buat kukis yang godek2 gini...cepat sikit siap kan..he3
Untuk membuat Chocolate Chips Cookies ni pun pada Mas tak de mengambil masa lama sangat...dah siap godek2, panaskan oven dan boleh cedok2 guna sudu adunan tu ke dulang untuk dibakar...
First time rasa Chocolate Chips Cookies ni...hmmmm...memang sedappp..ala2 sekut chipsmore pun ada....Ain ngan  Daniel gemar sangat...1 adunan pun boleh dapat dalam 100 biji...kira banyak la tu kan...
Tima kasih pada Kak Fida yang selalu berkongsi resepi2 yang best2....


Chocolate Chips Cookies

Bahan : 
 lebih kurang 100 keping 
190 g mentega - lembut
45 g gula perang
80 g gula kastor @ icing
220 g tepung gandum
1/2 sk rata baking soda
1 sk serbuk koko ( lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang gelap )
1/2 sk esen vanilla
170 g choc chip
170 g badam cincang kasar - di panggang
1 biji telur - yg sedang





Cara :
Tepung, baking soda, serbuk koko di ayak bersama.
Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata dan sebati.
Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
Masukkan pula campuran tepung yang diayak tadi, gaul, diikuti dengan choc chip dan badam cincang dan di gaul hingga rata dan sebati.
Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu kepanasan oven masing2.
Mas bakar 25 minit dengan suhu 170c dengan api atas bawah.
Sejukkan dulu baru disimpan dlm balang.



11 comments:

  1. K.gee pon teringin nk buat resepi godek2 camni... nmpk rangup jer kukis tu...

    ReplyDelete
  2. AKU PUN SUKA SGT KUKIS GODEK2 NI MAS...HAHAH..SENANG N CEPAT SIAP KAN :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak mas cayang! kita nak makan kukis kat rumah akak lah! kitanya kukis dah nak abis nanti balik mesia baru buat lagi hihihi... skrg ni sahur makan kukis jerr :D

    ReplyDelete
  4. To kak Gee® :

    try la buat kak gee...
    senang dan yang penting..
    sedappppp

    To nOOrsha :

    sha...give me 5...
    aku memang mencari2 resepi yg godek2...
    dan hasilnya mabelesss...
    senangkan sha...
    ko try cookies ni..
    memang mabelessss

    To ijayuji :

    mehh ika...
    kak mas jamu cookies..
    ika nak yg mana...
    kak mas pun...
    berbuka ngan sahur..
    mesti nak ngap sikit..h3

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mas,
    mmng nmpk sedap kukis Mas ni, akak mmng suka kukis yg ada badam dan coklat...mmng suka buat yg godek2 mcm ni, tapi anak dara akak tu suka yg guna terap...last2 masa bakar, mamaNya gak yg kena tunggu...hu3..

    ReplyDelete
  6. sedap Mas kukis ni fav akak jugak ni sbb ada badam segala kan,mecam nak buat jugak anak2 ramai ni dirumah boleh lah suruh gentel2...

    ReplyDelete
  7. Mudahhnya..
    Ma kaseh mas. Ayu simpan dlm draf.. Nk buat

    ReplyDelete
  8. Asslmkum mas.
    Biskut ni antara yg terlaris. Nnti nak buat jg lah. :)

    ReplyDelete
  9. salam mas,
    biskut nie klu buat mmg no 1 habis dulu mas..:)..nak buat lambat2 sikit..bior bole tahan sampai raya nnt:)

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum Mas..

    Yg ni pun rangup ye Mas.. Boleh cubalah.. Bnyk dah resepi biskut choc chips dlm simpanan kak Naz tp nak cuba resepi yg baru pulak lah..

    ReplyDelete
  11. mmg sdap cookies ni, kalau diturutkan sehari boleh habis sebalang mengapnyee..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...