Assalamualaikum.
mood rajin mengupdate blog ...hahahahaha ... jom Mas share resepi nasi tomato yang sentiasa menjadi pilihan Mas ... rasanya sangat sedap ... kalau masak nasi tomato ..sukatannya mesti lebih dari biasa sebab anak2 suka ulang makan ...
jom mas share .. selamat mencuba yerk .
Resepi :
Bahan :
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato - cincang
1 tin sederhana tomato puri
2 sudu besarminyak sapi
5 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul
1 kotak kecik kismis
1 sendok kacang peas tin
bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1. Tumis bawang merah, putih, halia, Buah pelaga, Bunga cengkih, Kulit kayu manis, Bunga lawang dan tomato yang dicincang dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan tomato puri, kacau seketika, Masukkan beras yg sudah ditos tadi & daun pandan, kacau hingga beras nampak kering, baru masukkan air, susu cair, garam , kismis dan kacau sebati, n biarkan mendidih.
3.Apabila nampak nasi hampir kering, taburkan kacang peas tin, perlahankan api, alas bawah periuk dengan tudung periuk, petua supaya nasi tak mudah hangit, tutup periuk dengan penutup, biarkan masak selama 20 minit.
4. kemudian, ambil garfu untuk gemburkan nasi tadi, jika sudah elok masak, boleh tutup api .
5. jika menggunakan rice cooker, boleh tumis guna periuk rice cooker, apabila sudah masukkan air dan susu cair, biarkan mendidih, baru alihkan kedalam periuk rice cooker dan masak seperti biasa memasak menggunakan rice cooker.