Assalamualaikum.
Mas, bila terjumpa resepi ayam masak kicap, mesti nak cuba sebab pada Mas walaupun resepinya lebih kurang sama, pasti ada kelainan pada setiap resepi .... dari faktor bahan2 tambahan dan juga cara memasaknya ...
untuk resepi ayam masak kicap pada kali ini ... ada diletakkan sedikit mayonis, tapi tak terjejas rasa ayam masak kicap tu ..ada rasanya yg tersendiri yang membuatkan ayam masak kicap ni agak berbeza dan yang penting sedap pada selera Mas sekeluarga ..
Alhamdulillah ...
Mas share disini pulak yerk .. mas ikut sebiji2 cara izah
AYAM MASAK KICAP (MAYONIS)
by: izahdaut
Bahan-bahannya
1 ekor ayam - izah guna 1/2 ekor ayam
- izah gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar utk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.
bahan tumbuk/blend
1 biji bawang besar (purple)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batng serai - izah tambah
bahan rempah tumis
1 Kulit kayu manis
5 biji Cengkih - izah tak letak
2 biji Buah pelaga
1 Bunga lawang
8 biji Lada hitam biji - ketuk sedikit
3 biji Lada kering - potong sahaja
bahan perasa
6 sudu besar Kicap MANIS cap kipas udang
1 sudu besar mayonis lady's choice
Serbuk lada sulah ajishio
Garam ( tapi biasanya kicap dah cukup masin)
CARA MEMASAK
Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best. Angkat ayam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.
Masukkan ayam yang dah di goreng.
Tambah kicap secukup rasa.
Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,
Buka api sederhana dan renehkan (masak slow2) kalau api kuat memang air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..
Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila korang tambah mayonis..ayam masak kicap korang akan ada rasa BANDAR...moden sikit la.. kan orang muda kena kreatip..
Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2..
Rasa dulu..tambah la lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..
Bila semuanya ok.. angkat dan hidangkan.