Assalamualaikum.
Lama rasanya Mas tak share resepi kan.
Meh layan Hokkaido Chiffon Cupcake yang sedap ni .
Lembuk gebu dan nyaman jerk rasa kek ni dek filling kastard dalamnya .
Memang confirm tak cukup sebiji bila dah start makan .
Untuik resepinya , Mas share lagi disini yerk, lama rasanya tak buat, tetiba pulak teringat bila belek2 resepi lama .
Selamat mencuba ...
Kalau ada yang nak order, boleh jerk, roger2 jerk Mas ^-^
Hokkaido Chiffon Cupcake
Sumber : Kak Azlita - Masam Manis
Bahan :
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster
Cara :
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder.
Kemudian di ayak 3 kali Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak ( mas guna cupcake, tk hentak )
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
Cream Custard by :
Honey Bahan :
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
Cara :
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu.
Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave.
Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.