Search This Blog

Thursday, November 29, 2012

Ayam Masak Bawang Berempah




Assalamualaikum.
Entry tertunggak sebenarnya, nak entry resepi2 terkini...rasa macam tak ter update blog la pulak...bila anak2 kat kampung, mood memasak memang jatuh merundum..masak jerk yang simple2 tuk Mas, tapi dapo tetap berasap sebab memenuhi order yang saban hari tak putus2 ada, Alhamdulillah.....rezeki dari Allah, 
Walaupun dah lama Mas masak Ayam Masak Bawang Berempah ni, teringat2  lagi tau kesedapan ayam ni, memang sangat sedappp...kalau tengok resepinya, memang terkejut juga sebab diberi dalam jumlah 300 orang makan...untuk kenduri tu...he3..jadi kena la pandai2 sukat bahan tu sendiri bergantung banyak mana ayam yang kita guna...ala...masak lauk ni tidak la cerewet sangat, asalkan seimbang sukatannya...insya Allah...sedappp lauk tu..ikut jerk bahan2nya, sukatan jerkk kita boleh adjust sendiri..jadi kalau ada yang terasa nak menerai Ayam Masak Bawang Berempah ni..cuba la...memang terbaikk....


Ayam Masak Bawang Berempah
Resepi : Mamak Haji
Sumber : Zaliedana dan Kak Watie

Bahan :
Masakan untuk 250 - 300 orang. Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..

Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125 gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50 gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50 gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125 gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100 gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

Cara memasak :
Kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak.
Nota: 
Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.





Monday, November 26, 2012

Order2 sepanjang minggu lalu ^_^



Assalamualaikum.
Dalam demam Durian Crepe nie, ada juga terselit order2 yg lain...meh cuci2 mata melayan  order2 sepanjang minggu lepas. Alhamdulillah..... rezeki yang tak disangka2...tima kasih pada yang telah mengorder.....  ^_^




Cheese Tart



Pavlova



Blueberry Slice Cheese Cake



Moist Choc Cupcake with Buttercream



Apam Polkadot



Durian Crepe yg tengah hot sekarang nie...



Apam Polkadot, Durian Crepe dan Moist Choc Cupcake with Buttercream





TQ pada yang telah order....
Untuk yg berminat, boleh email Mas , pm di fb atau cont no 0134242505




Thursday, November 15, 2012

Sambal Keli Bwg Goreng & koleksi2 order




Assalamualaikum.
Antara koleksi sambal yang Mas gemar.....kali ni letak bawang yg digoreng banyak sikit dan masak sambal tu kering2....memang sangat best dimakan ngan nasi panas....meh layan resepinya...boleh juga guna ikan lain @ ayam jika suka....  :)


Sambal Keli Bawang Goreng
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau
5 biji cili masak merah - dikisar
4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
10 biji bawang kecik - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
6 biji bawang kecik - hiris2 halus
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula  secukup rasa 
sedikit pati ikan bilis


Cara memasak :
  1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan.  Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  1. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang  kecik yg dihiris halus2 hingga garing dan masukkan bahan - bahan kisar dan masak hingga wangi , masukkan sos tomato, kacau rata.
  1. Masukkan garam dan gula secukup rasa, letakkan juga sedikit kiub ikan bilis, seimbangkan rasa. Masak hingga sambal garing.
  1. Kemudian masukkan ikan keli yang digoreng garing dan kacau rata.
  1. Angkat dan boleh dihidangkan.



Meh cuci2 mata...
TQ pada yg mengorder  ^_^


  
Pavlova



Durian Crepe



Coklat Moist Cupcake with buttercream



Red Vetvet Cupcake with cream cheese frosting



Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Puding Roti Sos Kastard




Untuk yg berminat, boleh email Mas @ pm Mas kat fb...
no tel 013 4242505
delivery sekitar shah alam  ^_^




Monday, November 12, 2012

Blueberry Slice Cheese Cake




Assalamualaikum.
Sape yang suka cheese kek, harus try resepi ni.....memang sangat sedapppp..tekstur kek yang halus, gebu dan moist memang sangat sedap dan mengasyikkan bila dimakan.
Dah lama nampak kat dapur Izahdaut, baru minggu lepas Mas buat atas permintaan seseorang, dapat juga family Mas kat kampung merasa....Alhamdulillah, memang laku kek nie....walaupun dah 2 hari, teksturnya tetap sama...janji masukkan dalam freeze yerk..sebab kek ni sangat sedapp bila dimasukkan dalam freeze....klu ada yang rasa malas nak buat...boleh jerk order ngan Mas...he3.....TQ pada Izahdaut dan tuan resepi HaSue.... ^_^


Blueberry Slice Cheese Cake
Resepi :  HaSue
Sumber : Izahdaut

Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90 g gula halus
110 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110 g mentega @ marjerin
Blueberry filling secukupnya




Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c, gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. 
Kacau sehingga cair dan masukkan mentega @ marjerin.
Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur (kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue (adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah).
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan, picitkan blueberry filling * yang telah dikisar halus (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya) dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven).
untuk lihat step by step...klik  SINI. 




Tempahan dibuka untuk Blueberry Slice Cheese Cake, sila email @ pm Mas difb jika berminat... :) boleh juga contect Mas, 0134242505




Monday, November 5, 2012

Donut Lembut Izahdaut




Assalamualaikum.
Layan jerk la yerk entry tertunggak nie....dah lama buat..rasanya lepas2 Izahdaut tayang, Mas pun buat seminngu lepas tu...lagi resepi donut yang mabeless...ramaii dah yang mencubanya....merata2 kat fb nampak donut resepi Izahdaut nie...dan kali ni Mas buat 2 versi.....donut dan burger msia....TQ Jah resepinya....memang best....  ^_^


Donut Lembut Izahdaut
Resepi : Izahdaut

Bahan :
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter @ marjerin




Caranya :
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.


penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.





Thursday, November 1, 2012

Durian Crepe - sedap sangat




Assalamualaikum.
Meh layan Durian Crepe yang tengah hott sekarang nie.....
sangat sedappp...rasanya seakan2 makan aiskrim ngan durian....memang best..


Durian Pancake @ Bantal Durian
Resipi Asal: Camelia

Bahan² untuk Kulit Penkek :
250 gm tepung gandum
3 biji telur - Grade A
500 ml santan 
1/2 sudu teh garam
Pewarna Hijau secukupnya

Bahan Inti :
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa
Isi durian secukupnya - lumat kasar


Cara² untuk Kulit Penkek:
Blend kesemua bahan dan dadar nipis² dalam non stick pan

Cara² untuk Inti Durian :
Pukul whipping cream dan gula sampai kental ketepikan.
Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipping cream dan letak isi durian diatasnya dan lipat.
Simpan dalam peti ais 1 - 2 jam sebelum dihidang.




Untuk Order, Mas menggunakan resepi yang berbeza, crepenya dibuat dari 5 jenis tepung dan filling cream kastardnya memang sangat best dan digabungkan dengan isi durian D24 yang segar.....memang terbaik...
Order dibuka untuk yg berminat, boleh email mashitah80@gmail.com  atau boleh tel @ mesej Mas 013 4242505, juga boleh pm mas difb.  
 ^_^



update :
16.11.2012




Ramai yg bertanya saiz Durian Crepe Mas.....
lihattttttt...besarnya lebih kurang saiz tapak tangan...
memang puas makan...
berminat.......
order la yerk   ^_^