Search This Blog

Friday, May 4, 2018

Resepi Gulai Nangka Muda Tumis Darat yang sedap




Assalamualaikum
selamat malam semua ..malam2 merajinkan diri masak gulai nangka muda tumis darat .... anak dara nan seorang nak bersahur nasi pagi esok ..... senang keje maknya juga ..he3 ..masak terus lauk untuk esoknya
nangka muda dimasak gulai atau masak lomak cili padi,memang menjadi menu kegemaran mas.. kali ini , kita masak gulai tumis darat dulu ... memang sangat sedap dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan 
Mas share resepi cara mas belajar dengan emak mas ... selamat mencuba 

Gulai Nangka Muda Tumis Darat 

Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil
 segenggam ikan bilis - ditumbuk kasar
3 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan air
4 sudu besar rempah kari ikan
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih  - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa
1 keping asam gelugor

Bahan tumis :
Rempah Tumis - dihiris
3 ulas bawang merah 
 - dihiris 
2 ulas bawang putih 
 - dihiris 
5 tangkai cili kering digunting serong
4 biji cili padi dihiris serong
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba



Cara memasak :
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai nangka tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak.





6 comments:

  1. sedapnyer....tp kat rumah akak tak brapa laku gulai nangka ni, kena tunggu kawan2 ramai2 dtg baru boleh buat.

    ReplyDelete


  2. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.