Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, February 12, 2018

Ayam Goreng Kunyit Pedas yang sedap








Assalamualaikum
salah satu menu yang wajib mas buat tiap minggu .. ayam goreng kunyit pedas .. apabila ditambah bawang dan cili .. rasanya menjadi lebih sedap ... memang laku keras ayam goreng kunyit macam ni ... selamat mencuba yerk 

Ayam Goreng Kunyit Pedas
Resepi : Mas duniaku

Bahan :
ayam - dipotong kecil dan dibersihkan dengan tepung gandum, bilas dan toskan
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
serbuk ajishiok
tepung gandum + tepun g jagung + tepung kastard ( sukat sama banyak dlm 4 sudu besar tiap jenis )
sedikit serbuk cili
sedikit bawang putih ditumbuk halus

bawang merah & cili padi dihiris2


Cara :
 gaul ayam dgn garam + serbuk kunyit + serbuk cili + serbuk lada sulah + sedikit bawang putih yg ditumbuk halus ... 
Gaul sebati, baru letak sedikit campuran tepung ( tepung gandum+ tepung jagung + tepung kastard = sukat sama banyak, gaul rata ) .. dah letak sedikit 3 jenis tepung tu, gaul sebati ..perap dlm setengah jam baru goreng, 
bila nampak ayam nak garing, baru letak bawang merah dihiris nipis + cili padi dlm ayam yang u goreng tadi ... 
Kacau sejap2, dah nampak elok garing ayam, bawang tu ... Boleh angkat ... 




2 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...