Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, January 24, 2015

Mee Kari Resepi Ayah Yang Simple Tapi Sangat Sedap




Assalamualaikum.
Mee Kari memang menjadi antara hidangan wajib keluarga Mas setiap kali kami balik kampung berkumpul beramai2 . 
Uniknya resepi Mee Kari Resepi Ayah Mas ni, ianya tak menggunakan serbuk kari langsung . Hanya pastikan bahan2 yang kisar ditumis hingga betul2 pecah minyak .. insya allah .. pasti sedap mee kari tu ... tumis dengan api perlahan yerk.. baru cantik bahan2 kisar tu pecah minyak.
Mas sharekan resepinya disini ... Silalah mencuba yerk ..



Mee Kari 
Resepi : Mas Duniaku 

Bahan Kisar 
( Agak2 yerk bhn2 tu ) :

Bawang merah @ bawang besar
Bawang putih
Cili kering
Serai 
Lengkuas
Halia 

Bahan lain :
Santan 
Air 
Kiub Ikan Bilis
Garam & Gula jika perlu , secukup rasa
Tauhu Kering, fish ball, fish cake . 
Tulang jika suka 


Bahan Sampingan :
Mee yg dicelur
Tauge & Sawi yg dicelur
Telur Rebus
Kerang yg dicelur


Resepi :
- Blend bawang besar @bawang merah, bawang putih, cili kering, serai, lengkuas & halia.
- Tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan .
- Masukkan tulang jika suka .
- Kemudian air, santan, kiub ikan bilis, ( garam & gula secukup rasa jika perlu )
- Masak hingga tulang masak empuk baru masukkan tauhu kering , fish ball, fish cake .
- Kuah siap utk dihidangkan dengan mee & bhn2 sampingan yg lain.
- Selamat mencuba .





Untuk Resepi Sambal Merah

 Bahan :
 15 tangkai cili kering 
5 Ulas Bawang Merah 
2 Ulas Bawang Putih 
Udang kering secukupnya 
Garam dan Gula secukup rasa 

Cara : 
Semua bahan atas, diblend halus dengan sedikit air. 
Tumiskan semua bahan kisar dengan minyak secukupnya, kacau hingga pecah minyak. 
Masak dengan api perlahan yerk dan sentiasa kacau.  
Bila dah pecah minyak, letak garam dan gula secukup rasa. 
Biar sebatikan dan biarkan sambal masak hingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. 
Sedia diguna. Sambal ni boleh disimpan lama dlm fridge... 

4 comments:

  1. masha Allah... memang betul2 unik mee kari ni Mas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la yerk kak amie .. insya allah .. memang sedap

      Delete
  2. 1st time tgk resepi mee kari xletak serbuk kari.. tp nmpk sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tun.. akak pun ingat ayah bergurau kata tak letak serbuk kari .. memang mabeless .. dah rasa .. baru tahu ..

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...