Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, June 25, 2014

Pajeri Nenas






Assalamualaikum.
Antara lauk yang kegemaran family Mas. Makan dengan ayam goreng jerk dah cukup sedap... nak best lagi.. tambah sambal belacan.. mesti bertambah2 nasi tu kan.. he3
Mas sharekan resepi ikut cara Mas.. 
Selamat mencuba..


Pajeri Nenas
Resepi : MasDuniaku 

Bahan2 :
1 biji nenas biasa - dikupas & hiris 

1 kotak santan 
1 cawan air 
bhn2 penumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih )
3 sudu besar rempah kari ikan

2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik 
1/2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa 


Bahan hiris halus :
1 inci halia
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 tangkai daun kari 
1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk halus 


Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris, udang kering yg ditumbuk, serta bahan penumis & daun kari hingga layu & wangi, kemudian masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus dengan api perlahan.
2. 
Masukkan air, santan, nenas, gula merah, kiub ikan bilis, kerisik dan garam secukup rasa. 
3. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
4. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.



1 comment:

  1. dah lama akk tak buat pajeri nenas ni, utk berbuka pun ok ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...