Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, December 30, 2013

Sambal Ayam Penyet - sedapp




Assalamualaikum.
Buat penggemar sambal...boleh mencuba Sambal Ayam Penyet yang mabeles ni....serius sedappp...kali pertama makan masa Mas makan ayam penyet...memang jatuh hati dengan sambalnya yang sedap...siap minta tambah lagi..he3
Jadi Mas try google mencari sambal ayam penyet macam yang Mas makan tu...alhamdulillah...jumpa juga...he3
Tima kasih pada Mag5504 - Dapur Kota Singa atas perkongsian resepi yang sedap ni... Mas share disini pulak yerk..


Sambal Ayam Penyet 

Bahan :
ikan bilis
belacan
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah
tomato
garam secukup rasa
gula
sedikit gula merah
jus limau
sedikit minyak


Bahan :
Masukkan sedikit minyak, masukkan ikan bilis dan belacan, goreng hingga wangi dan angkat.
Masukkan bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi, cili merah, masak hingga layu..
angkat dan masukkan dalam lesung batu, tumbuk perlahan2 hingga hancur, masukkan garam, gula , gula merah dan jus limau secukup rasa.
Kemudian masukkan semula dalam kuali dan masak dalam 5 minit dengan api perlahan, boleh angkat dan dimakan.


Boleh lihat video dibawah untuk lebih jelas..selamat mencuba ..





9 comments:

  1. Terliur akak tengok Mas... Tq mas share video tu..Naik syok plak..Boleh try ni :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak mas.. ayam penyet ada sambal ye.. hihi.. jarang2 beli..

    ReplyDelete
  3. wah mas..faveret kita ni..haruss cuba..tq

    ReplyDelete
  4. akak nak cuba jugak lah resepi Mas ni nampak mengancam ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...