Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, January 7, 2013

Rendang Pedas Perut




Assalamualaikum.
Selain dimasak asam, masak lemak , kerabu atau lain2, hahaha..itu jerk yg Mas tahu masak perut nie,  perut lembu ni sedap juga dimasak rendang...makan ngan nasi panas...bestt tau...meh ler tengok resepinya..


Rendang Pedas Perut
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo perut - bersihkan, rebus hingga empuk @ lembut, tapis dan dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit

Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan perut ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan perut. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga perut lembut sepenuhnya dan rendang kering.




Geng Rendang Perut, Keli Bakar N Sambal Tempoyak  






8 comments:

  1. Sodap nmpk tu.....time nie plak nmpknya.....huhuhu.....

    ReplyDelete
  2. semuanya lauk heaven!berbunyik teros perot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...
      mehhhh join makan...
      nasi bawa sendiri..kikikiki

      Delete
  3. akak lagi la... perut selalunya dimasak lemak, kerabu atau asamrong jer yg tau nyer... tp pernah gakla mkn sate perut kat kedai... cuma rendang belum pernah mkn lagi.... blehla cuba nnt.. nampak sedap sungguh rendang perut ni mas... tq brkongsi idea ye..

    ReplyDelete
  4. mas..
    mengecurkan nie..lagi2 keli tue..klu dapat join mmg best nie:)

    ReplyDelete
  5. gandingan mantopppp
    leh makan 3 pinggan nasi

    masss

    ayu lapo

    ReplyDelete
  6. Salam Mas,
    pertama kali juga ogyep tengok rendang perut ni.. nampak sedapppp... boleh cuba nanti.. yang paling tak tahan, sambal tempoyak tu... mengancam jiwa raga

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...