Search This Blog

Monday, January 14, 2013

Black Forest Cake





Assalamualaikum. 
Merajinkan diri menerai Black Forest Cake pulak...hmmm...tak dinafikan...sedapp sangat...  ^_^



Kek Black Forest
Sumber : Juwita Fariz


RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Cara :
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara :
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.


BAHAN C:
* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci


Cara :
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.




CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan 2 :

* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut



Cara :
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.



Yummmyyy.....



11 comments:

  1. aduss terliur sudah tengok kek ni lah ,,

    ReplyDelete
  2. Kak mas smlm br terpk dan termengidam nk mkn kek ni....waahahah makin membuak nk try nihhhhh dapnyeee nmpk

    ReplyDelete
  3. sgt menarik.... dan tertawan GD nampaknya..
    Insyaallah akan menyusul nanti..

    ReplyDelete
  4. mas, tepung kek tu tepung superfine ke?
    sedapnyerrrr....mintak sepotong.

    ReplyDelete
  5. Ermm...sedapnyer...akak lom pernah buat kek ni. Copy respi dulu yer...tq Mas !!

    ReplyDelete
  6. ngences tengok kek black forets ni...ada lg k?

    ReplyDelete
  7. ...kita dah lama tak mengekek nih ...

    ReplyDelete
  8. Mas leh sehati kita buat kek blck forest kn..mmg sdap..mkn sampai x ingat kita nie.he heee ..mas buat lg cantik nie..

    ReplyDelete
  9. Telan air liur tengok kek Mas ni.... mama sekarang ni dilanda kemarau rajin. Tu yang blog pun tak update... hadoi....

    ReplyDelete
  10. waduhhhhhh memikat selera betullah tngk kek Mas ni, mmng nmpk sedap sangat...nak tempah ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.