Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, November 5, 2012

Donut Lembut Izahdaut




Assalamualaikum.
Layan jerk la yerk entry tertunggak nie....dah lama buat..rasanya lepas2 Izahdaut tayang, Mas pun buat seminngu lepas tu...lagi resepi donut yang mabeless...ramaii dah yang mencubanya....merata2 kat fb nampak donut resepi Izahdaut nie...dan kali ni Mas buat 2 versi.....donut dan burger msia....TQ Jah resepinya....memang best....  ^_^


Donut Lembut Izahdaut
Resepi : Izahdaut

Bahan :
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter @ marjerin




Caranya :
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.


penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.





12 comments:

  1. Alahai...sy bru je print resepi Izah semalm...ingt nak buatnya hari nie....nie dah akak publish plak...lgi mcm x sabar nak mentry resepi nie....:)

    ReplyDelete
  2. fames sungguh donut si izah ni...kita yg tgk ni pun dh byg kesedapannya kalau buat dan mkn lagi la kan hehehehe....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    sedapnya donat... best makan donat.. lagi2 kalau letak
    macam2 topping.. bestt!!!!

    ReplyDelete
  4. dah pasangbom dah. tq je kek? donut tuk aku gi la uli skali lagi. kang aku tekan suiz ni meletop.. kikiki

    ReplyDelete
  5. peehh montoknya..
    ayu pun baru nk post entry burger malaysia.. hehe

    ReplyDelete
  6. lama akak tak mendonut mas...lapar je perut ni tgk donut mas

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum Mas..

    Mendonut lagi.. hisss..rajin betul.. Akak baru sekali jer buat donat dak izah ni.. tp mmg super lembut kan..

    ReplyDelete
  8. kak mas mcm mana wak bentuk donat tuh bulat cantik je..ct wak xjadi lah..kekadang leper..kehkeh

    ReplyDelete
  9. Ramai dah kwn yg mencuba donut Izah ni...geram tengok donut ni Mas...gebu...

    ReplyDelete
  10. Kakpb je belum cuba, nak tunggu dpt free dari Mas atau si Jah kita yg rajin bebeno tu.

    ReplyDelete
  11. Aku x cuba lagi mas..ko buatkan utk aku boleh?? ni ko malas hapdate blog ni kenapa mas?haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...