Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, August 5, 2012

Kek Batik Coklat Beragar - Agar




Assalamualaikum.
Dah banyak kali Mas buat Kek Batik Coklat Beragar - Agar ni, baru kali ni teringat nak kongsikan kat sini. Suka sangat dengan kejadian kek batik ni yang tak melekit bila dipotong dan rasanya memang sedappp...dan kali ni Mas buat 1 adunan sebab kebetulan adik ipar nak datang.....ada la sedikit buah tangan untuk dibawa balik nanti.
Untuk resepi, Mas copy dari Izahdaut, idea letak serbuk agar2 ni datangnya dari Noorsha kata jah....HaSue pun cuba cara gini juga....tima kasih pada semua...


Kek Batik Coklat Beragar - Agar
Idea : Noorsha
Sumber : Izahdaut dan HaSue 

Bahan :
2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g) - hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara :
Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair. * kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
* boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal) , boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Nota :
untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.

Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..


15 comments:

  1. Salam kak mas! Selamat petangggg :D da siap masak lum? Kita lenggang2 kangkung jer arini mls betul nk bergerak sana sini :D arini kita buka menu jepun jer sbb senang ehehe... Nk sepotong kek batik akak abb byk2 kita dah tak mkn sgt bab2 cekelat nii hihihi... Tekak tua dah kita ni :D

    ReplyDelete
  2. Perghh terliyurrrr..hihi..aku da bli ciss nk wat gabungan kek batik n cis pesona tu..tp maleh ya rabbi..haha..tiyop sket angin rajin ko mas.hehe

    ReplyDelete
  3. Mas...ni la kek yg akak selalu fail bila buat, org tgk senang.

    Akak minta copy paste rendang tok ye...bye.

    ReplyDelete
  4. ini kalau buat utk raya mesti licin ni mas..hehehhe

    ReplyDelete
  5. menduga di bulan puasa..salam perkenalan

    ReplyDelete
  6. ramai orang dah buat ek..saya je ketinggalan flight..tiket abis la time2 nak raya ni..ekekekke....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...