Search This Blog

Sunday, May 22, 2016

Kari kambing India yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Jom try satu resepi kari yang mudah dan sedap ...
baunya harum satu rumah .... buat tak sabar2 nak makan.
Terima kasih pada En Khairul Hakimin Muhammad FB.
Mas share resepinya disini yerk.

Bahan-bahannya ialah:
2kg kambing (dipotong dadu-1inci).
12 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang besar India. 
3 inci halia
3 ulas bawang putih 
5 biji cili besar hijau
5 tangkai daun kari
5 biji tomato
5 biji kentang
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
3 sudu besar rempah halus (biji sawi, jintan, halba).
2 sudu besar pes asam jawa
Garam secukup rasa
5-7 cawan air.



Caranya :
Basuh bersih kambing. Boleh buat 1 bilasan dengan 1 senduk tepung gandum untuk hilangkan bau hamis.
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah diracik bersama semua rempah kasar dan halus. Tumis sampai naik bau. Rempah kari jangan tumis.
Masukkan kambing dan halia yang telah diketuk. Gaul rata.
Dah nampak separuh empuk, masukkan kentang dan 2 cawan air.
Bancuh rempah kari dan serbuk kunyit dengan 1 cawan air.
Masukkan dan gaul rata.
Potong tomato dan cili macam itu. Oh ya tomato tu cari tang muda muda sikit
Masukkan tomato, cili dan daun kari. Gaul rata
Dah mendidih kau tambahkan lagi sikkt air. Ikut kepekatan yang kau suka.
Ha selagi belum empuk kentangnya, jangan buh garam dan asam jawa. Nanti semua lambat masak dan empuk.
Biarkan mendidih, buh asam jawa dan garam, gaul rata dan siap!! Sedap woih!


untuk lihat gambar cara2 membuatnya, boleh klik DISINI







1 comment:

  1. ehm sedap Nya!!!! nampak menyelerakan.Petua sorang tukang msk pasal kambing ni x berbau hamis ialah setelah basuh isi kambing tu, sejat dulu.Yg buat hamis kerana air kambing bercampur dgn isi kambing sesudah basuh kita tinggal dlm mangkuk then kita mskkan kedua duanya sekali...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.