Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, August 18, 2015

Resepi Brownies yang sedap




Assalamualaikum.
Dalam banyak resepi brownies yang Mas dah cuba, ini lah yang terbaik ..
Rasanya sangat perfect pada Mas, manisnya sedang2, chewy dan fudgy dalamnya selain moist .. sangat sedap ... bila dah kunyah seketul, akan rasa nak lagi dan lagi . Sangat asyik....
Terima kasih pada tuan resepi Kak Shuhaini Shuhairi FB , Mas copy dr FB Haida Rifqi FB
Selamat mencuba ..
Mas juga ambil tempahan untuk brownies.


CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
Resepi : Kak Shuhaini Shuhairi FB
Sumber : Haida Rifqi FB

Bahan : 
400 gm coklat kompound - potong kasar

150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak




Cara-caranya..

1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.



Nota :-

- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.




7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam sis..tumpang tanya..kaedah double bkiler maksudnya apa?dan nombor 5 oles sedikit mentega tu dimana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double boiler tu kaedah mcm kita cairkan coklat msakan utk biskut almond london tu..oles mentega tu dkt loyang

      Delete
  3. Dah lama nak cuba buat brownies. Terimakasih untuk resipi.

    ReplyDelete
  4. double boiler tu macam ni letak periuk isi air , panas kn air hingga mendididih , lepastu ambil mangkuk stainless steel letak atas periuk tu . cair kn coklat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ataupun coklat masakan dan mentega masuk sekali dlm mangkuk.then panaskan dlm microwave 1minit.. keluarkan.kacau je.. in shaa Allah jadi jugak.

      Delete
    2. Ataupun coklat masakan dan mentega masuk sekali dlm mangkuk.then panaskan dlm microwave 1minit.. keluarkan.kacau je.. in shaa Allah jadi jugak.

      Delete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...