Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, April 13, 2014

Homemade Caramel Popcorn - sedap & mudah disediakan






Assalamualaikum.
Dah lama sebenarnya berhajat nak buat popcorn sendiri..bila tengok ramai kawan2 yang dah mencubanya... tapi bila mood tu tak sampai2.. memang tak buat2 juga..
Tapi .. bila kebelakangan ni Daniel asyik minta beli popcorn jerk.. terpikir pulak nak try buat yang homemade... 
Alhamdulillah... first time buat, menjadi dengan jayanya popcorn ku...
sedapppp .. sama macam beli...
Untuk resepi, Mas rujuk dari blog Dapur Tanpa Sempadan - CMG hasil dari google.
TQ yerk CMG....
Mas panjangkan resepinya lagi yerk.. 


Homemade Caramel Popcorn


BAHAN :-)
1/3 cawan jagung popcorn
1 camca besar mentega
2 1/2 camca besar minyak masak

BAHAN KARAMEL :-)
1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk bersaiz besar. Masukkan mentega dan biar mentega cair, kacau rata. Letak sebiji jagung popcorn, bila jagung tu kembang, tu tanda dah ok. Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk. Gocang perlahan dan nanti anda akan dengar bunyi jagung meletup2 dalam periuk anda. Sambil tu goyang2kan periuk (tapi jangan bukak tudung dia!!). Biar hingga senyap, bukak tudung periuk dan tuang popcorn dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.
  2. Sediakan kuali, masukkan gula pasir, dan masak dengan api kecil hingga gula mencair, kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata hingga karamel bertukar perang. Masukkan popcorn dan gaul hingga rata. Guna api kecil.
  3. Bila karamel dah bersalut pada keseluruhan popcorn, matikan api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biar sejuk. Kemudian lerai2kan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Bolehlah makan pada bila2 masa anda suka, masa ngadap TV pun sesuai, masa gossip bawah pokok ceri pun sesuai. Cuma kalau kandungan gula dalam darah anda tinggi, sah memang tak sesuai...Selamat mencuba!!..

CATATAN MAT GEBU :- 
Kalau tak makan mentega, anda boleh guna marjerin, dan teknik pun sama, tapi marjerin rasa sedikit masin dan bau wangi tidak lah sehebat bau mentega... (^__*)



1 comment:

  1. salam singgah..

    kalau buat ni kejap jer budak2 kat rumah ni licinkan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...