Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, February 12, 2013

Moist Choc Cake In Jar - Very Delicious




Assalamualaikum.
Orang lain dah lama menerai Cake In Jar ni, Mas jerk yang baru terasa nak membuatnya...itu pun gara2 ramai custemer yang minta cake ni, jadi Mas pun try buat dulu...hmmmm...memang sangattt sedappp..menyesal lak baru nak try..he3
Cake In Jar ni sesuai untuk semua jenis cake, kali ni Mas try Moist Choc Cake dulu...Mas guna resepi Kek Coklat Nuanza, dah jatuh hati lak ngan kek ni...moist dan gebu, sesuai dibakar atau kukus.
Dan dalamnya, Mas letak Cream Cheese dan Choc Ganache...ditabur sikit choc chips atasnya...hmmm...terbaikkkk la


Moist Choc Cake In Jar 

Kek Coklat Nuanza - Basic Resepi 

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh membumbung baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh 
 membumbung 
 
baking soda 
 
(sudu kfc)

( satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan )


Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A ( kalo gred B / C, guna 3 biji ) - pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)

( satukan semua bahan B )

Cara:
Masukkan bahan B ke dalam bahan A..
Gaul sebati sampai hilang ketul2..
Boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

Masukkan ke dalam loyang saiz 7 @ 8 inci
( loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis )
atau gunakan kertas minyak

Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak
Adunan boleh juga dikukus 



Untuk cake in jar :
Rujukan : Anna Qawina

Mas tuang adunan dalam botol kaca.
Susun balang2 @ jar di dalam loyang. Balang kaca tidak perlu digris ya.
Masukkan (paipkan) adunan dalam balang tersebut hanya 1/2 balang sahaja(timbang setiap adunan tu bagi mendapatkan berat yang sekata) dan bakar secara double boiler pada suhu 180c @ 20 ke 25 minit. 
Tempoh membakar bergantung kpd tinggi / banyak adunan kita ya. 
Cucuk kek didalam balang utk tahu kek benar2 dah masak ke tidak. 
Kalau lidi keluarnya licin tandanya kek dah masak.
Sejukkan sebelum dihias.
Boleh juga bakar dalam loyang dan kemudian cedokkan kek tu ke dalam balang kaca...terpulang yerkk...






Resepi Krim Cheese :
Bahan :
500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda.
Mas masukkan dalam piping bag.


Choclate Ganache
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI

Bahan : 
300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ ita tambah

Cara :
Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik 

Untuk Cake In Jar : 
Mas masukkan dalam piping bag setelah adunan sejuk dan paipkan kedalan jar tu.



Moist Choc Cake In Jar

Cara :
Ambil balang kek yang dah sejuk.
Ceduk @ sudukan keluar separuh daripada kek dalam balang tersebut. Pecah2 sikit takpe.
Masukkan cream ising tadi atas kek yang masih ada dalam balang.
Sudukan @ paipkan sedikit filling kesukaan (optional), Mas masukkan choc ganache.
Masukkan kembali kek yang kita dah keluarkan semasa proses mula2 tadi.
Paipkan kembali cream icing, choc gaache & tabur dengan serdak kek@ hiasan kesukaan masing2. 
Sejukkan dalam peti sejuk.
Setiap layer tersebut terpulang kpd anda untuk letak filling apa@ macamana pun, janji sedap..hehe..





Ada yang berminat....
Boleh cont Mas 0134242505.



14 comments:

  1. Along pun lum buat ni lagi... kalau sempat boleh lah buat bekal anakanda balik uni nanti.

    ReplyDelete
  2. wah panjang nya resepi kak mas...hehehhe..tp macam bes giler..heheheh

    ReplyDelete
  3. sekarang tengah mengumpul jar... payah sangat nak dapat kat ch tu... belum pun buat tapi dah tengo rasa sedap...meleleh...

    ReplyDelete
  4. Amboi sedapnyaaaaa... (jambu) hehe... Teriur tengok :)

    ReplyDelete
  5. Nina pun dah pernah try resepi nie.... sedap!
    cuma tak sempat nak update entry jerrr~~~

    ReplyDelete
  6. waduh masss.... ngences akak nengok! sedapnyerrr... suh menantu anta dua balang yer! eh tiga la... dua utk maknya.. hahahahahaa

    ReplyDelete
  7. wah Mas dah baca satu persatu macam nak try jugak tapi balang tu boleh pakai balang bekas ke?? kena special balang utk kek in jar ni heheeh jakun ni

    ReplyDelete
  8. skrg mmg famous kn dgn cake in jar ni? bila fiq tgk gmbr2 akak tu, mmg menggoda! pasti sedap kn? :)

    ReplyDelete
  9. Salam.....
    Selamat bertemu kembali....
    hantaq mai sebotoi..heheheh...

    ReplyDelete
  10. mas, rupa2nya balang tu boleh bakar dlm oven ek? hahaha...tak pernah terfikir pun boleh bakar, imagine...kan meletop kan, hehe.

    ReplyDelete
  11. wah tahniah lah..dah mula ambil tempahan
    semuga berjaya

    ReplyDelete
  12. kelihatannya lezat... yummy

    ReplyDelete
  13. Bakar secara double boil cmner eh..??

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...