Search This Blog

Friday, February 17, 2017

Resepi Ayam Masak Kicap yang paling sedap didunia




Assalamualaikum.
Mas, bila terjumpa resepi ayam masak kicap, mesti nak cuba sebab pada Mas walaupun resepinya lebih kurang sama, pasti ada kelainan pada setiap resepi .... dari faktor bahan2 tambahan dan juga cara memasaknya ...
untuk resepi ayam masak kicap pada kali ini ... ada diletakkan sedikit mayonis, tapi tak terjejas rasa ayam masak kicap tu ..ada rasanya yg tersendiri yang membuatkan ayam masak kicap ni agak berbeza dan yang penting sedap pada selera Mas sekeluarga ..
Alhamdulillah ...
terima kasih pada tuan resepi dan mas dapat resepi dari dapur Izah Muffin Lover ...
Mas share disini pulak yerk .. mas ikut sebiji2 cara izah 



 AYAM MASAK KICAP (MAYONIS)
resepi : thunderkitten
by: izahdaut


Bahan-bahannya

1 ekor ayam - izah guna 1/2 ekor ayam
- izah gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar utk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.


bahan tumbuk/blend
1 biji bawang besar (purple)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batng serai - izah tambah


bahan rempah tumis
1 Kulit kayu manis
5 biji Cengkih - izah tak letak
2 biji Buah pelaga
1 Bunga lawang
8 biji Lada hitam biji - ketuk sedikit
3 biji Lada kering - potong sahaja


bahan perasa
6 sudu besar Kicap MANIS cap kipas udang
1 sudu besar mayonis lady's choice
Serbuk lada sulah ajishio
Garam ( tapi biasanya kicap dah cukup masin)




CARA MEMASAK

Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best. Angkat ayam dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.

Masukkan ayam yang dah di goreng.
Tambah kicap secukup rasa.
Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,

Buka api sederhana dan renehkan (masak slow2) kalau api kuat memang air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..

Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila korang tambah mayonis..ayam masak kicap korang akan ada rasa BANDAR...moden sikit la.. kan orang muda kena kreatip..
Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2..
Rasa dulu..tambah la lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..

Bila semuanya ok.. angkat dan hidangkan.



Thursday, February 16, 2017

Wednesday, February 15, 2017

Tuesday, February 7, 2017

Resepi Biskut Nestum yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Dah lama Mas simpan resepi ni, akhirnya terbuat juga.
Alhamdulillah... sangat2 sedap biskut nestum ni ... manisnya sedang2 sahaja, bila dah makan sebiji, pasti akan nak lagi dan lagi ..
terima kasih pada tuan resepi asal biskut nestum ni ...minta halalkan dan Mas share disini pulak yerk ... 
untuk resepi ini, Mas dah olah ikut cara Mas seperti marjerin Mas gantikan dengan butter, dan Mas masukkan semua nestum, tak de nestum yg dikisar seperti resepi asal.
Alhamdulillah, hasilnya biskut ini sangat sedap ..
terima kasih sekali lagi 

Biskut Nestum 
Bahan :
~ 3 cawan Nestum 
~ 1 1/2 cawan tepung gandum 
~ 1 cawan tepung jagung
~ 1 sudu kecil baking powder 
~ 1/2 sudu kecil garam
~ 2 ketul butter - 500g
~ 1 cawan gula perang
~ 1 biji telur - dikocak sedikit 
~ 1 sudu kecil esen vanila


Hiasan :
~ ceri merah - dipotong dadu 
~ Nestum - utk disalut

Cara :
1 - Gaul sebati butter & gula perang menggunakan senduk kayu sahaja .
2 - masukkan telur & esen vanila , gaul sebati 
3 - masukkan tepung gandum , baking powder & tepung jagung , gaul sebati.
4 - masukkan Nestum, gaul lagi hingga sebati. Adunan memang lembik yerk .
5 - ambil secubit adunan, bulatkan, salutkan dgn Nestum, susun dlm loyang ... Tekan sedikit dan letakkan ceri .
6 - bakar selama 25 minit atau hingga bawah keperangan dgn suhu 160c, api atas bawah.
7 - biarkan betul2 sejuk baru simpan dlm balang .






Friday, February 3, 2017

Wednesday, February 1, 2017

Tempahan Princess Cake






Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505









Tuesday, January 31, 2017

Resepi Ayam Goreng Belacan yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Rasanya ayam goreng memang menjadi kegemaran ramai kan tak mengira peringkat umur .Jadi kali ini, Mas nak share satu resepi yang jarang kita dengar ..
AYAM GORENG BELACAN 
unikkan namanya ... seunik rasanya yang sangat sedap ...
terima kasih pada ayah Mas yang rajin kongsi pelbagai resepi dengan anak perempuan sorang dia ni ....
Tiap kali bersembang, pasti ayah akan bercerita pelbagai resepi yang ayah masak ... teruja tau bila mendengarnya ..
berbalik pada cerita ayam goreng belacan ni , cuba la buat ..ikut sukatan resepi yang Mas dah kasi .... belacan tu jangan pandai2 letak lebih yerk sebab nanti akan menjejaskan rasa ayam goreng tu ....memang letaknya sidikit sahaja ...
Selamat mencuba 





1 ~ Gaulkan sebati 1/2 ekor ayam dengan 1/2 sudu kecil belacan.
2 ~ masukkan air bawang ( 3 biji bawang merah ditumbuk dan ditapis , ambil airnya ) , gaul sebati
3 ~ masukkan juga pewarna merah jingga ( dlm 1 sudu kecil, klu nmpk pucat tambah sikit lagi ) , garam secukup rasa, sedikit serbuk lada putih, sedikit kiub ayam, gaul sebati.
4 ~ masukkan juga 1 sudu kecil serbuk rempah rampai , ada jual dibahagian rempah ditesco ( klu tk de, boleh buat sendiri ..Satukan serbuk jintan manis + serbuk buah pala + serbuk cengkih + serbuk kayu manis + serbuk ketumbar - sukatan sama banyak ...Satukan ) , kemudian ambil 1 sudu kecil .. lebihnya boleh simpan dlm bekas kedap udara . 
5 ~ gaul sebati serbuk rempah rampai tadi , masukkan 1 1/2 sudu besar tepung jagung & 1 1/2 sudu besar tepung ubi kayu. 
6 ~ sedia untuk digoreng, lebih sedap jika diperap semalaman .





Monday, January 30, 2017

Tempahan Kek Hantaran





Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505











Thursday, January 19, 2017

Monday, January 16, 2017

Tempahan Blueberry Cheese Tart






 Blueberry Cheese Tart
Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505








Friday, January 13, 2017

Tempahan Pulut Kuning Berhias




 Pulut Kuning Berhias 
Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505









Tuesday, January 10, 2017

Tempahan Cream Puff










Untuk tempahan @ pertanyaan    
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505

Thursday, January 5, 2017

Terung masak berlado yang simple & sedap





Terung masak berlado 🍆

Bahan2 :
Terung dibelah
Garam dan pes asam jawa

Bahan kisar kasar :
Cili padi ikut pedas
Bawang merah
Sedikit ikan bilis



Caranya :
Goreng terung hingga layu.
Angkat & toskan.
Tumis bahan2 kisar, masukkan garam & pes asam jawa secukup rasa.
Masak hingga pecah minyak, masukkan terung tadi & gaul sebati dan boleh diangkat dan dihidangkan.