Search This Blog

Friday, November 26, 2010

Ayam Goreng Berempah Kuzie Katering



Sebenarnya ayam goreng ni dah banyak kali Mas buat, baru kali ni sempat ambik gambar. Memang sedap ayam goreng berempah kuzie katering ni, serdaknya yang paling best, Mas selalu buat serdak labih sebab ramai peminat serdak ayam ni...maceh untuk tuan punya resepi  Pak Engku Kuzie Catering dan resepi ayam ni Mas ambik dari Kak Hana.

Ayam Goreng Berempah Kuzie Katering
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
  • *4 labu bawang merah
  • *6 batang serai
  • *2 tongkol lengkuas (bahan * blend dgn sedikit shj air)
  • 3 sudu rempah kari ikan
  • 3 sudu kunyit babas
  • 5 sudu cili kering kisar - hana buh serbuk cili je sbb tk wat pedas 
  • 5 helai daun kari
  • 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa
  • 1 ekor ayam dipotong 16


Cara-cara :
  • Perap semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  • Panaskan minyak deep fried dan goreng ayam tadi....api biar sederhana..bila serdak agak kekuningan tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus...
  • Bila ayam dah masak masukkan daun kari dan cili kering potong dan tabur atas ayam bersama serdak tadi.. tentunya menyelerakan...lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

Thursday, November 25, 2010

Kek Pisang Marble Coklat



Kek Pisang Marble Coklat ni baru lepas keluar oven tau...masih panas lagi. Cian lak tengok pisang berangan tu makin kecut. Baik dibuat kek pisang, dapat gak hasilnya.  Mas buat 1/2 adunan jer, sesuai ngan family Mas yang kecik ni. Resepi Mas ambik dari Kak Hana. Marble kat kek tu tak berapa nak menjadi lak...kak hana..jangkit ngan akak ke marble ni....he..he..tapi tak kisah la....sebab kek ni memang sedapp...cuma kek ni tergaring sikit sebab Mas terkuat sikit suhunya. Sesiapa nak merasa, sila ambik atas meja yer...jap lagi Mas nak keluar gi tesco jap...nak shoppping barang dapur...bye..byee..

Kek Pisang Marble Coklat
Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan
  • 150g pisang emas / berangan - dilecek - Mas dan Kak Hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tepung gandum)
  • 180g gula halus - Mas dan Kak Hana kurangkan 150g je
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes


Cara-cara :
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Wednesday, November 24, 2010

Award dari Love



Dengan gembiranya Mas menggantung award yang cantik ni kat Duniaku, moga menyerikan lagi blog Duniaku, maceh bebanyak LOVE ........love u.......muaaahhh...


Apam Salju @ Apam Beras



Teringik lak bila tengok apam yang Kak Hana buat, jadi Mas buat petang semalam, memang sedap apam ni, cuma kejadiannya tak secantik apam kak hana....tak pe...janji sedapp dan kenyang bila makan. he..he....
Untuk semua, kunjungan akan dibuat nnti yer sebab Mas nak keluar jap lagi......byee..byee..

Apam Salju @ Apam Beras

Bahan :
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara :
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Award dari Kak Yatie


Nickname untuk tuan empunya blog :
- Duniaku dan lebih mesra dengan Mas atau MasDuniaku

Ucapan untuk yang memberi award :
- maceh kak untuk award yang cantik ni......

6 fav artist / singer / group
 - maher zain
- faizal tahir
- aizat
- erra fazira
- in  team
- p ramlee

Tag award pada 10 rakan blogger : (sebenarnya ramai...harap dpt di pnjng2kan)
untuk sesiapa yang belum kena, boleh ambik award ni....


Tuesday, November 23, 2010

Daging Hitam Berempah Madu



Ari ni masak Daging Hitam Berempah Madu untuk lunch ngan anak2. Ni kes tak puas makan daging sebab masa raya ari tu demam..tak merasa langsung daging. Jadi ari ni baru nak makan daging, resepi dari Kak Hana dan hasilnya....memang sedap daging ni. Masih panas lagi tau. Jap lagi nak makan ngan nasi panas.

Daging Hitam Berempah Madu
Sumber : Kak Hana

Bahan :
  • 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 inci halia - diketuk
  • air secukupnya
  • 2 sb. rempah kari daging
  • 1 sb. rempah kurma
  • 1 st. serbuk ketumbar
  • 4 sb. kicap pekat manis
  • 1 sb. serbuk cili kering - yg kasar2
  • 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper
  • 1 st. cuka
  • 3 sb. madu
  • 1 st. gula (optional) 
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk :
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia


Cara Memasak :
  1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
  3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
  4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
  5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
  6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak. Selamat Mencuba!!!


Mee Racun......



Untuk dinner Mas makan Mee Racun. Sebelum makan, baca Bismillah dulu yer, InsyaAllah....tak de apa2 kecuali kenyang..he..he..dengar nama pun dah seram..tapi rasanya sedappp tau. Dan CMG pun baru buat juga. Sebelum tu nampak mek siam Ika yang buat. Resepi asal dari che iza. Untuk daging Mas guna daging lembu dan ditambah ngan telur rebus. perhhhh....memang sedappp...

Mee Racun.....
Sumber :Ika

Bahan :
  • 600 g mee kuning
  • 1/2 kg tulang kambing - Mas guna tulang lembu
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
  • 3-4 biji bawang merah dikisar
  • 2-3 ulas bawang putih dikisar
  • 4 sb lada boh
  • 5 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1 sb gula
  • 1 kiub ayam
  • 2 kelopak kobis - nak letak sawi pun boleh
  • sebiji tomato - dipotong baji
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah


Cara :
  1. Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
  3. Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
  5. Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis n tomato.
  6. Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...
  7. Boleh letak telur kalu suker.... Den tak letak... dah byk dah kalori.... heheheh...
  8. Sedia di hidang... Taburkan daun bawang n bawang goreng..

Tag dari Izahhhh



Izah Muffin Lover




Aduhhhhh....pepagi dah kena tag ngan makcik ampang, sabar jer la...mesti kau tengah tergelak2 kan makcik...he..he...tak pe...untuk mengeratkan lagi persahabatan, Mas layan jer la, nnti kasi markah penuh tau makcikk...


1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
Kalau Izah cermin mata, Mas lak contact lens paling penting, Mas pakai dari umur 15 tahun sampai sekarang sebab lebih selesa memakai contact lens dari cermin mata. Mas guna cermin mata waktu malam jer..


2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
arrrr...lupa la...banyak barang yang Mas beli....


3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dah anak 2 dah..........tak pernah terpikir tema masa kahwin dulu...alhamdudillah bahagia sampai sekarang dan selamanya....insyaAllah....


4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
sentiasa


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi diizinkan Allah....insyaAllah hingga ke syurga


6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang? 
kat  restauren mak Mas sebab disitu juga Mas jumpa hubby kali pertama dan tiap2 hari...he..he...


7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
majalah mingguan wanita


8. apakah nama penuh korang?
aaaaaa.....nanti la......


9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
ngan mak sebab ayah askar, selalu kerja kat  luar....tapi bila ayah dah pencen, rasa rapat ngan kedua2nya...


10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
ngan mak dan ayah......tak sabar tunggu minggu depan jumpa ngan diaorang...


11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
mesin basuh yang kerja..


12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
balik kampung dan insyaAllah teringin menjejakkan kaki ke mekah....mudah2an...


13. pilih salah satu, peluk atau cium?
soalan apa ni.......feninggggg


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
- dipanggil makcik ampang....
- berasal dari kuala lipiss....
- kalau dapat bersembang ngan makcik ampang ni....memang peramahhh...


15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
rasanya banyak benda yang mas sayang.....


16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
lagu maher zain


17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
6 feb  .......hubby belanja makan kat luar....


18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.
sape yang Mas nak tag ni...tak pasal2 kena belasah kang....sape yerrr....arrrrrrrg....malas nak memikir...sapa2 yang nak kena tang .....sila jawab soalan...kepala dah feninggg ni.....makcik......panadol sepapan......he..he......jsngan lupa kasi markah penuhhhh....