Search This Blog

Tuesday, May 1, 2018

Resepi Rendang Pedas Daging yang sedap




Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari pekerja buat semua. dihari cuti begini .. Mas tetap masak awal ... sarapan merangkap lunch ....jadi menu tertunggak rendang pedas daging dapat juga mas buat hari ini, Alhamdulillah ... sedap seperti selalu ... resepi dari mertua mas ni tak pernah mengecewakan...... thanks mak ... bertahun juga belajar membuat rendang pedas ini hingga dapat seperti rendang yang mak selalu buat ... Alhamdulillah ... pengalaman itu yang penting, banyak kesilapan kita boleh belajar... jadi mas share resepi rendang pedas yang sedap ini disini ...moga bermanafaat buat semua .



Rendang Pedas Daging
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging - dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )- dikisa
* 2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
* 3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit






Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan daging ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan daging. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga daging empuk dan rendang kering.
Sedap dimakan dengan nasi panas, lemang atau ketupat.







4 comments:



  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.