Search This Blog

Monday, April 30, 2018

Resepi kari ikan yang sedap




Assalamualaikum.
Moga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t .... sesi mengupdate blog yang suam2 kuku ni , Alhamdulillah , masih berkesempatan berkongsi resepi buat kawan2 semua ..kali ini Mas share resepi kari ikan yang pada Mas sangat sedap ..ada kelainan pada bahan dan cara memasaknya ... moga bermanafaat buat kawan2 .. selamat mencuba ...

Kari ikan merah
Resepi ; Mas Duniaku

Bahan ;
seekor ikan merah yang sudah dikerat2, dicuci bersih dengan limau 
4 biji cili padi hijau - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
5 biji bawang merah - dicincang halus
1 biji tomato yg saiz besar - dicincang halus
1 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
1 paket rempah kari ikan 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1@2  keping asam gelugor
10 biji bendi 
2 biji tomato saiz kecil - dibelah 2
2 biji cili hijau - mas patahkan 2 jerk
santan
garam dan serbuk perasa secukup rasa 

cara ;
1- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hijau yang ditumbuk tadi bersama halba campur serta daun kari, kacau sebentar, baru masukkan bawang merah dan tomato yang dicincang halus tadi, kacau hingga wangi.
2- Masukkan rempah kari, cili serbuk dan serbuk kunyit, kacau rata, baru masukkan sedikit air panas.(mas tumis serbuk kari kering sebelum dimasukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak, sebelum tuangkan santan.
3- Tumis sehingga rempah garing dan pecah minyak. Masukkan santan dan asam gelugor .Bila mendidih, masukkan ikan. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
4- Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak.Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.




4 comments:

  1. Assalamualaikum Mas,
    nampaknya setalam hidangan nasi dengan kari ikan itu sedang menanti kedatangan Kak Amie...heheheeee. Sedapnya, lengkap dengan sambal dan ikan goreng lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak .... hahahaha ... alhamdulillah kak .. rezeki hari ini

      Delete


  2. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.