Search This Blog

Sunday, October 22, 2017

Wednesday, August 16, 2017

Resepi bubur kacang hijau yang sedap




Assalamualaikum.
rasanya lama Mas tak update resepi pencuci mulut kan ... jom kita layan bubur kacang hijau yang lazat dan tak jemu2 dinikmati sepanjang zaman ....
antara dessert kesukaan Mas ...tapi Mas amat cerewet dalam menikmati bubur ini sebab bubur kacang hijau yang lazat pada Mas ialah kacang hijau tu lembut dimulut dan tekstur bubur yang sedang2 sahaja pekatnya ...tak nak cair atau terlalu pekat dan manisnya juga sederhana ..... itu baru benar2 bubur kacang yang lazat ...
untuk cara Mas, sebelum merebus kacang hijau, basuh... toskan ...baru sangai dahulu sehingga naik bau wangi kacang hijau, baru boleh terus rebus ....kacang hijau itu akan cepat lembut dan empuk ....
jom lihat resepinya 



bubur kacang hijau
resepi : masduniaku


Bahan bahan:
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan - kalau guna kotak- 1 kotal kecil sudah cukup 
Garam
sedikit sagu yang telah direndam ... kemudian ditoskan 


Cara cara:
Goreng kacang hijau tanpa minyak hingga naik bau wangi kacang hijau. Kemudian tutup api dan masukkan air dan rebus sampai empuk.
kemudian masukkan daun pandan, gula melaka dan gula pasir, kacau sebati, biarkan mendidih seketika..
kemudian masukkan sedikit sagu yang telah direndam... biarkan mendidih dan apabila nampak sagu cantik kembang, baru masukkan santan dan garam, kacau sebati ...apabila santan mula mendidih dalam dua tiga minit..boleh tutup api sebab jika dimasak lama, santan akan pecah minyak, api juga sederhana perlahan yerk bila santan dimasukkan tadi .. rasakan manisnya ...jika ok ..boleh tutup api
selamat mencuba 





Tuesday, August 15, 2017

Wednesday, August 9, 2017

Saturday, August 5, 2017

Resepi Nasi Ayam yang mudah dan sangat sedap






Assalamualaikum.
rasanya ramai antara kita penggemar nasi ayam kan ..... jadi Mas nak share resepi nasi ayam versi bakar yang sangat lazat ..dan mudah disediakan ,sebab pada Mas amat susah nak jumpa nasi ayam yang lazat diluar sana ...jadi Mas berusaha belajar dengan ayah sebab tiap kali balik kampung ...memang ayah akan masakkan nasi ayam untuk anak2nya .... bila berada dirumah sendiri ..pasti akan rindu masakan begini ...jadi Mas belajar .... dan sekarang menjadi menu wajib setiap minggu 
selamat mencuba yerk 




Nasi Ayam
Resepi : MasDuniaku 

Bahan 

Utk ayam 
~ bersihkan ayam ..kemudian keringkan dgn cara lapkan ayam dgn kain bersih .. 
Kemudian letakkan garam secukup masin, serbuk rempah rampai - ada jual ditesco ( boleh Google utk rujukan pic rempah tu ) dan sedikit pewarna merah jingga ( agak2 ayam tu nampak cantik merah ) 
Gaul sebati , baru masukkan madu , sukatan madu agak2 sebati semua ayam tu kena madu .. perap semalaman baru bakar dgn suhu 200'c , api atas bawah selama 1 jam .



ayam yang sudah siap diperap semalaman .




ayam yang sudah siap dibakar ... cantikkan .... yang nampak berkilat tu sebab diletakkan madu ..






Utk sambal merah 

~ kisar cili merah, cili padi jika suka pedas berapi , sedikit bawang merah dan seulas bawang putih dan sedikit halia ... 
Tuang dlm periuk , masukkan juga sedikit sos cili dan sedikit jus lemon ...masukkan juga sedikit garam dan gula utk dapatkan rasa yg seimbang dan sedikit sup yg dimasak utk nasi ayam tadi ...masak hingga sambal nampak pekat ..

                                   Sambal hitam
~ kisar sedikit bawang merah, bawang putih, sedikit halia, dan sedikit taucu manis ( kalau guna taucu masin ..basuh dahulu taucu tu yerk ) ... Tuang ke dalam periuk, tambah sedikit sup dan masak hingga mendidih ..letakkan sedikit kicap lemak manis, sedikit sos tiram , kemudian masukkan bancuhan tepung jagung , agak2 sos nmpk pekat sedikit sukatannya ..biarkan seketika, rasa jika ok .. siap dihidang kan ...


                                        Utk nasi 
~ basuh beras Basmathi, kemudian rendam dalam 15 minit ... Kemudian angkat dan toskan 
Kisar bawang merah, bawang putih tanpa air ..letakkan sedikit minyak semasa kisar ...tuang ke dalam periuk, masukkan juga daun pandan dan halia yg diketuk dan sedikit marjerin dan sedikit minyak jika perlu .,.. bila dah wangi ... masukkan beras yg ditos tadi ...kacau hingga beras nampak kering ..baru masukkan sup yg direneh dgn tulang ayam tadi , sup ini juga diletakkan pd sambal hitam dan merah ... Letakkan garam secukup rasa .. dan masak hingga nasi masak macam biasa .


beras digoreng hingga cantik kering macam gambar ini 



Selamat mencuba ...





Friday, August 4, 2017

Tempahan Kek Puding Karamel - shah alam


Assalamualaikum.
Ya Allah ..lamanya Mas tak update blog ... sampai ada yang bertanya masih ambil tempahan lagi ke sekarang ....
Alhamdulillah ....tempahan masih berjalan seperti biasa ...cuma masa amat padat buat Mas buat masa sekarang .. InsyaAllah Mas akan curi2 waktu untuk blog kesayangan ku ini ....
Mas share antara tempahan kek puding karamel yang tak putus2 custemer order ... Alhamdulillah ...antara kek yang mendapat permintaan yang agak tinggi 







antara feedback dari custemer 




Untuk tempahan @ pertanyaan  
Hubungi 03 78599266 atau whatsap / call 0134242505 




Wednesday, June 7, 2017

Resepi Sotong goreng kunyit bersos yang lazat dan ringkas




Assalamualaikum.
Salam ramadhan Al Mubarak buat semua.
dikesempatan ini ...Mas nak share menu sotong yang simple dan sedap ..
sesuai untuk dijadikan juadah berbuka atau sahur ...



Sotong goreng kunyit bersos 

Bahan :
sotong 
bawang putih - ditumbuk kasar
bawang merah dihiris2
cili padi - dibelah dua
serbuk kunyit
sos tiram
sedikit garam ikut masin

Cara memasak : 

🐙 😋 Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi hingga wangi, masukkan sotong, kacau seketika, kemudian masukkan serbuk kunyit dan sos tiram Maggi , kacau sebati , letak sedikit sahaja air ...Biarkan masak dalam 5 minit dengan api sederhana ... Siap 👌😘

nota :
~ Mas letak sedikit sahaja air sbb tak nk berkuah sangat ..Lagi pun sotong akan keluarkan sedikit air semasa dimasak ..Jadi tak de la masakan jadi kering .... Garam juga Mas tak letak sebab sos tiram dah masin .. kalau rasa nak masin sedikit ... Boleh tambah secubit sahaja . 
Selamat mencuba 😘




 

Wednesday, May 24, 2017

Tuesday, May 9, 2017

Friday, May 5, 2017

Friday, April 21, 2017

resepi homemade sos spaggeti yang sedap




Assalamualaikum.
Baru berkesempatan berkongsi resepi homemade sos spaggeti yang lazat dan semestinya sihat ...
untuk pengetahuan semua, Mas bukan lah penggemar spaggeti ... tak suka langsung rasa sosnya ...
tapi ...bila ayah memasak spagetti menggunakan sos homemade ... terasa sangat2 berbeza dengan rasa sos dalam tin .... itu pada tekak Mas ..tak tahu lah orang lain macam mana.... tapi serius Mas cakap ...semenjak Mas makan spaggeti yang ayah masak menggunakan sos homemade .... memang sering teringat2 kesedapannya ...
jadi mulalah soal siasat ayah tentang resepinya dan bermulalah sesi belajar membuatnya ...lagi pun ..anak2 juga mula suka ...
rupanya tak de la susah sangat ...boleh buat banyak2, kemudian difrozenkan .... jadi bila nak masak ...tak de ambil masa lama sangat ....seperti menggunakan sos spaggeti segera ....tapi yang ini homemade ....
tanpa membuang masa ... Mas share resepinya disini ...moga bermanafaat buat semua ... Mas lebih suka menggunakan angel hair dari spaggeti ...kalau nak guna spiral spaggeti pun boleh ...
selamat mencuba 






Homemade sos spaggeti 
by: Mas Duniaku 


Bahan2 :
8 biji tomato 
1 batang saleri
2 biji bawang holand
2 helai daun bay
1 ulas bawang putih
1 batang carrot
1/2 tin kecil tomato puri
8 sudu besar sos cili
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar butter
1 sudu besar mintak zaitun atau minyak jagung 


Caranya ;
1 ~ basuh bersih tomato, belah 4 tapi tak putus ...potong setengah sahaja 4 penjuru tu 
2 ~ masukkan tomato yang telah dibelah tadi kedalam air mendidih ...bila nampak kulit tomato mula menggelupas ...angkat , toskan dan masukkan dalam air sejuk. kopek kulit tomato dan cincang halus tomato tadi. ketepikan 
3 ~ kisar halus carrot + bawang putih + saleri + 1 biji bawang holand dan 1 helai daun bay ..
4 ~ cincang juga 1 biji bawang holand, panaskan butter dan minyak, tumis bawang yang dicincang tadi bersama 1 helai daun bay ..biarkan wangi 
5 ~ kemudian masukkan tomato yang dicincang, kacau sebentar, baru masukkan bahan2 kisar, kacau lagi dalam 5 minit, 
6 ~ kemudian masukkan tomato puri, sos tomato dan kiub ikan bilis ...
7 ~ masak hingga kuah nampak pekat ..oleh diangkat  




Wednesday, April 19, 2017

Monday, April 17, 2017

Resepi lamb & ayam grill yang sedap




Assalamualaikum.
jom kita buat lamb & ayam grill sendiri ...lebih jimat dan berbaloi.
kalau tak ada set periuk steamboat & grill...  boleh jerk guna kuali nipis dan panggang atas dapur yg kecil macam pic tu ...santai jerk memasak diruang tamu sambil layan movie .... 
jadi Mas share resepi utk lamb dan ayam sbb resepi keduanya agak berbeza ... 
selamat mencuba ...


Resepi lamb :
5 slice lamb - potong2 
Bahan dikisar :
~ 2 batang Serai 
~ 2 biji bawang besar 
~ 2 ulas bawang putih
~ 1/2 inci halia
~1/2 inci lengkuas
~ 2 helai daun bay 
~ 2 sudu besar gula perang
~ 1 sudu besar madu
~ 2 sudu besar jus lemon @ limau nipis - ( penting utk lembutkan lamb )
~ 1 sudu kecil jintan manis​
~ 1 sudu kecil jintan putih
~ 2 sudu besar sos tiram Maggi
~ 1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk 
~ Garam secukup rasa 
~ 2 sudu minyak zaitun atau minyak jagung - utk ganti air semasa kisar nanti

Kisar halus, kemudian gaul sebati dengan lamb yang sudah dipotong tadi ..Perap semalaman baru sedap 




Untuk resepi ayam 

2 ketul peha ayam - dibuang tulang dan potong panjang2
Bahan2 kisar :
~ 2 biji bawang besar
~ 2 ulas bawang putih
~ 3 batang Serai
~ 1/2 inci halia
~ 1/2 inci lengkuas
~ Sedikit kunyit hidup
~ 3 sudu besar cili kering yg dikisar
~ 2 sudu besar sos tiram Maggi
~ 1 sudu kecil jintan putih
~ 1 sudu kecil jintan manis
~ 2 helai daun bay
~ 1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk
~ 1 sudu besar madu

~ 1 sudu besar gula perang
~ Garam secukup rasa
Kisar halus , kemudian gaul sebati dengan isi ayam tadi , perap semalaman baru dibakar.





Sunday, April 16, 2017

Saturday, April 15, 2017

Thursday, April 6, 2017

Resepi Nasi goreng kampung yang simple & sedap





Nasi goreng kampung 


Bahan :
1 cawan nasi sejuk
isi ayam dlm 2 sudu besar
cili padi ikut pedas - diketuk 
1 biji bawang putih - diketuk
1 biji bawang merah - dihiris2
1 sudu besar sos tiram Maggi
1 sudu besar sambal belacan 
1 batang kacang panjang 
segenggam kangkung
1 biji telur
sedikit kicap cair


Cara :
Tumis bawang putih & bawang merah dan juga sambal belacan, masak hingga wangi , masukkan isi ayam dan sos tiram Maggi , kacau sebentar, masukkan kangkung, kacang panjang , kacau dlm seminit dua, pecahkan sebiji telur, biar sebentar, kacau sebati, masukkan nasi, kacau dengan api besar dalam 2 minit ..Renjisan sedikit kicap cair dan sedikit garam jika perlu .. sambung kacau nasi dgn api besar dalam 2 minit lagi ............... siapp 👌😋
Boleh dihidangkan panas2 dengan ayam & telur goreng berserta kopi o panas