Search This Blog

Tuesday, February 7, 2017

Resepi Biskut Nestum yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Dah lama Mas simpan resepi ni, akhirnya terbuat juga.
Alhamdulillah... sangat2 sedap biskut nestum ni ... manisnya sedang2 sahaja, bila dah makan sebiji, pasti akan nak lagi dan lagi ..
terima kasih pada tuan resepi asal biskut nestum ni ...minta halalkan dan Mas share disini pulak yerk ... 
untuk resepi ini, Mas dah olah ikut cara Mas seperti marjerin Mas gantikan dengan butter, dan Mas masukkan semua nestum, tak de nestum yg dikisar seperti resepi asal.
Alhamdulillah, hasilnya biskut ini sangat sedap ..
terima kasih sekali lagi 

Biskut Nestum 
Bahan :
~ 3 cawan Nestum 
~ 1 1/2 cawan tepung gandum 
~ 1 cawan tepung jagung
~ 1 sudu kecil baking powder 
~ 1/2 sudu kecil garam
~ 2 ketul butter - 500g
~ 1 cawan gula perang
~ 1 biji telur - dikocak sedikit 
~ 1 sudu kecil esen vanila


Hiasan :
~ ceri merah - dipotong dadu 
~ Nestum - utk disalut

Cara :
1 - Gaul sebati butter & gula perang menggunakan senduk kayu sahaja .
2 - masukkan telur & esen vanila , gaul sebati 
3 - masukkan tepung gandum , baking powder & tepung jagung , gaul sebati.
4 - masukkan Nestum, gaul lagi hingga sebati. Adunan memang lembik yerk .
5 - ambil secubit adunan, bulatkan, salutkan dgn Nestum, susun dlm loyang ... Tekan sedikit dan letakkan ceri .
6 - bakar selama 25 minit atau hingga bawah keperangan dgn suhu 160c, api atas bawah.
7 - biarkan betul2 sejuk baru simpan dlm balang .






4 comments:

  1. sy baca resepi lain sama dgn resepi sis ni just xsaama part rehatkan doh. sis xbuat ke rehatkan doh ke dalam peti ais? stil ranggup ke.. ke sis dh penah experiment. hehe tqq sis. curious sgt sbb minat sgt makan biskut nestum ni

    ReplyDelete
  2. saya dah ikut resepi ni..x perlu rehatkan doh.still rangup dan sedap

    ReplyDelete
  3. Butter tu 2 ketul ker??

    ReplyDelete
  4. Hi sis ..blh x kalau gantikan butter dgn marjerin?agak2mnjd xyer.. nk habiskan bahan yg tersimpan je..hihi.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.