Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Tuesday, August 30, 2016

Tempahan Kek Harijadi









Untuk tempahan @ pertanyaan       
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505 




Monday, August 29, 2016

Resepi Japanese Cotton Cheesecake yang sedap




Assalamualaikum.
Atas permintaan seorang rakan, teringinkan Japanese Cotton Cheesecake , Mas merajinkan diri membuat setelah sekian lama tak membuatnya.
Alhamdulillah, cantik kejadian kek ni.
Untuk resepi, Mas suka merujuk pada blog Kak Azie Kitchen.
TQ kak, Mas share disini pulak yerk.


Bahan A :-
250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar full cream
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
20g tepung jagung

Bahan B :-
140g gula pasir
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon




Cara:-
1 - Cairkan cream cheese, butter & susu segar full cream dgn teknik double boiler. Kacau hingga adunan sebati & licin .
2 - Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tadi.
3 - Kemudian ayak tepung gandum, baking powder, garam & tepung jagung.
4 - Masukkan kuning telur kedalam adunan cream cheese, kacau rata, masukkan jus lemon, kacau lagi, kemudian masukkan bahan2 ayak tdi, kacau sebati, ketepikan.
5 - Dalam bekas lain, pukul putih telur ,& jus lemon hingga berbuih ( foamy ) , lepastu masukkan gula pasir sedikit demi sedikit dan pukul hingga adunan bertanduk ( soft peak ) .
6 - Campurkan adunan putih telur dengan bahan A, dan kacau kaub balik perlahan2 hingga sebati. 
7 - Sediakan tin saiz 8 ,sapukan marjerin seluruh loyang & kemudian lapik kertas baking bawah & sekeliling dalam loyang & tuang adunan kedalam loyang tadi. 
8 - Bakar kek pada suhu 200c dengan kaedah waterbath dengan api bawah sahaja selama 1 jam .5 minit terakhir, Mas buka api atas sahaja utk dapatkan kek yang keperangan bahagian atas. 
9 - Bila dah masak, kluarkan dari oven dan terus telangkup atas rak dan buang kertas baking yg melekat pd kek & biarkan sejuk.




Sunday, August 28, 2016

Tempahan Frozen Birthday Kek









Frozen Moist Choc Cake 
Saiz 7 
1 1/2kg
Rm78




Untuk tempahan @ pertanyaan      
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505 





Wednesday, August 24, 2016

Resepi Patin Tempoyak yang sedap




Patin Tempoyak 


Bahan :
1 ekor ikan patin saiz biasa 
10 - 15 biji cili padi - ikut pedas
1/2 inci kunyit hidup
1 senduk tempoyak
air agak2 tenggelam ikan patin
4 batang daun kesum
garam secukup rasa

😍
Cara memasak :-
~ Bersihkan ikan patin, kemudian rendamkan dengan perahan limau sekejap, toskan dan ketepikan dulu.
~ Tumbuk atau kisar cili padi & kunyit hidup. 
~ Masukkan bahan2 tumbuk & tempoyak dalam periuk, masukkan air agak2 tenggelam ikan nanti, biarkan mendidih.
~ Bila dah mendidih, masukkan ikan patin & daun kesum , biarkan seketika hingga ikan masak, masukkan juga garam secukup rasa sambil sekali kala kacau perlahan2 
~ tutup api bila ikan sudah masak, siap dinikmati bersama nasi putih 





Tuesday, August 23, 2016

Tempahan Kek Puding Karamel with deko











Kek Puding Karamel
Rm60

Untuk tempahan @ pertanyaan      
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505






Monday, August 22, 2016

Tempahan Pavlova



Pavlova 
Rm65



Untuk tempahan @ pertanyaan      
Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505




Wednesday, August 17, 2016

Cendol pulut durian yang terbaik di Shah Alam





Assalamualaikum.
Dah lama tengok cendol durian ni viral di fb ... akhirnya, Mas dapat juga merasa... Alhamdulillah ... sedap sangat, rasanya yang secukup rasa membuatkan tiap suapan akan berterusan hingga ke titisan cendol yang terakhir ...pulutnya pun sedap ..lembut jerk .. Harga untuk semangkuk Rm13, klu tak nak pulut, Rm12 , untuk mangkuk besar yerk, memang puas makan, duriannya pun banyak. 
sebelum ni pernah beli cendol & kemudian letak durian sendiri disebabkan malas nak beratur panjang untuk mendapatkan cendol ni ...rasanya tak sama tau macam yang Mas makan ni .. hari pertama pergi, hari Ahad, memang Mas beratur dekat sejam baru dapat, jadi kali keduanya , Mas datang pada hari biasa, malam ... sekejap jerk dah dapat .. jadinya klu nak makan lagi, datanglah pada hari2 biasa yerk ..
mesti ada yang tertanya2 tempatnya dimana ..
Anda boleh dapatkannya di Medan Selera Delima Sek 24, ada pelbagai makanan2 lain yang boleh dinikmati ...jadi jika teringin mencuba, pergi la kesana yerk ..
Mas recommend (y) 








Thursday, August 11, 2016

Tempahan Apam Polkadot, Bee & Ladybird




Apam Polkadot filling blueberry
Rm20 / 50 pieces





Apam Bee & Laybird filling blueberry
Rm25 / 50 pieces




Untuk tempahan @ pertanyaan        
 Hubungi 03 78599266 atau whatsap 0134242505 




Sunday, August 7, 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...