Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, June 9, 2016

Resepi kuah kacang yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat kawan2 semua.
Kali ini Mas share lagi resepi yang menjadi kesukaan Mas, dalam banyak2 resepi, yang ini tetap menjadi pujaan hatiku ..he3
Terima kasih buat Kak Fida myresepi .
TQ kak, resepi2 akak memang terbaik.


Kuah Kacang
 Kak Fida@myresepi.com 

Bahan : 
300 gm kacang tanah - sangar dan kisar  
100 gm gula pasir
 150 gm gula merah 
40 gm asam jawa 
1 sudu kecil garam 
 1 sudu kecil kunyit serbuk
 1 cawan minyak masak  - untuk menumis 


Bahan kisar : 
2 biji buah keras 
1 sudu besar ketumbar biji - sangar 
1 sudu kecil jintan kasar - sangar 
1 sudu kecil jintan halus - sangar
 2 hiris lengkuas
 2 hiris halia muda 
20 tangkai cili kering 
7 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
7 batang serai - hiris 
20 gm udang kering

Cara membuatnya : 
1 - Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata. 
2 - Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata. 
3 - Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk... 
4 - Selamat mencuba.... 


Nota:
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit2 air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu...kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..





2 comments:

  1. Salam kak Mas.. Selamat Berpuasa.. lamanya erma tak kacau dapo k.Mas, macam2 kek n kuih muih yang sedap2 kalau dekat lama dah erma tempah hihihi.. sedapnya tgk kuah kacang tu.. cicah nasi impit tu.. nyum nyum

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...