Search This Blog

Wednesday, June 29, 2016

Biskut Telur Rebus yang sedap - harus dicuba




Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah berpuasa buat semua.
Untuk menambahkan lagi koleksi biskut2 raya, apa kata mencuba resepi biskut telur rebus ini, Alhamdulillah.. biskut ini ada peminatnya yang tersendiri tiap kali menjelang musim perayaan, 
keunikkan biskut ini apabila menggunakan kuning telur rebus dan tekstur biskut ini ringan dimulut dan rasa berkrim, 
jadi ... selamat mencuba yerk..



Biskut Telur Rebus  
Resepi : Mamajay  
Sumber : Noorsha  

Bahan² : 
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )  
1 1/2 cawan gula halus 
 2 cawan tepung gandum  
2 cawan tepung jagung maizena  
1 cawan tepung kastad  
2 cawan planta @ butter  
1 sudu kecil esen vanila  
 1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut 
badam hiris secukupnya untuk hiasan 


Cara² :  
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.  
2. Sebatikan. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.  
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.   
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.