Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, June 30, 2016

Biskut Samperit Susu yang sedap - cair dimulut




Assalamualaikum.
Antara biskut yang paling hot beberapa tahun lepas ...
masih mendapat permintaan tinggi tahun ini .. Alhamdulillah
teksturnya yang melting sangat asyik dimakan ..
Mas share lagi resepinya disini .. sedikit olahan untuk rasa manis yang just nice , sedang2 sahaja manisnya  
sebab untuk resepi sebelum ini,biskut ini agak manis 
selamat mencuba 


Resepi Biskut Semperit Susu 

Bahan:
 180g susu pekat manis 
250g butter - suhu bilik, butter tu lembut sedikit dah ok, tapi jangan lembik, nanti biskut berminyak
 460g tepung jagung cap bintang  - just nice doh untuk dipicit nanti


Cara: 
1. Kacau sebati susu pekat manis dan butter menggunakan senduk kayu. Tak perlu pukul sampai kembang, nnti biskut mengembang, tak cantik.

   Tip: 
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang @ gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang. 

2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati & doh tak melekit. My experience, 460g just nice untuk picit ke dalam acuan.  Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah di atasnya 
3. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C untuk 25 minit dengan api atas bawah.
4. sejukkan dahulu baru angkat dan simpan dalam balang.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...