Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, June 24, 2016

Biskut Chocolate Oats Crips yang sangat sedap




Assalamualaikum.
Jom buat biskut yang sangat sedap ni ..penuh dengan serat dan kekacang yang sangat lazat .... dan biskut ini juga tak menggunakan telur ... sesuai untuk mereka yang allergies telur... dan memang menjadi rebutan anak2 .....
selamat mencuba 


Biskut Chocolate Oats Crips 
Resepi : Koleksi Resepi2 Oats - Maklang Azie 
Sumber : Izahdaut dan  Kak Zana 

Bahan : 
130g tepung gandum - ayak 
30g tepung jagung - ayak 
20g serbuk koko -  ayak
 ½ sk serbuk penaik - ayak
 90g - 130 g Quaker Oat Segera - agak2 adunan tk melekit
4 - 5 sudu besar nestum 
200g mentega - biarkan suhu bilik dlm 20 minit
 120g brown sugar
 ½ sk esen vanilla 
1/2 cawan badam cincang -  dibakar sejekap dlm oven 
1/2 cawan walnut -  dibakar sejekap dlm oven 




Cara membuatnya : 
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
Masukkan badam,walnut,Quaker Oats segera dalam bekas yang sama dan gaul sebati . 
Pukul mentega, gula, esen vanilla sehingga gebu kemudian masukkan dalan adunan kering tadi. 
Gaul sebati hingga adunan tak melekit, jika melekit, tambah oat sedikit demi sedikit.
cubit adunan sedikit, agak2 nk besar mana, bentukkan bulat dan tekan sedikit, dan letak atas dulang.
 Bakar dengan suhu 160 selama 20 - 25 minit bergantung pada oven masing2 dengan api atas bawah.  
  Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven.
sejukkan dahulu baru disimpan dlm balang.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...