Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, April 20, 2016

Dobut gebu ala2 big apple




Assalamualaikum.
Antara resepi kesukaan mas ...
donut ni sangat lembut gebu .... tk berminyak ..
memang tak secukup sebiji bila dah start makan ..
TQ pd Isma Maisara FB untuk perkongsian resepi donut yang mabeles ni ...
Mas share lagi disini .


Bahan : 
 250 gm tepung gandum 
1 1/2 sudu kecil yis segera 
2 biji kuning telur
 50 gm gula 
2 sudu besar water roux
 50 - 60 ml air dari peti sejuk 
50 ml minyak masak 
Sedikit garam 


Caranya : 
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. 
Masukkan gula, kuning telur dan water roux. 
Gaul rata. Kemudian masukkan minyak dan garam. 
Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. 
Uli hingga doh lembut. 
Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. 
Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk. 
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. 
Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. 
Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan. 



WATER ROUX
 1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. 
Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. 
Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari. 





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...