Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, March 9, 2016

Resepi Pavlova yang best & tips




Assalamualaikum.
Salah satu dessert yang amat ringkas bahan2nya ... tapii .. cara membuatnya amat penting untuk mendapatkan pavlova yang mabeles ...
Jom Mas share tips2 membuatnya mengikut pengalaman Mas ..


PAVLOVA

4 biji putih telur
170g gula castor ( jngn guna gula aising yerk ... memang tk menjadi pavlova tu ) 
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Cara :
Sediakan loyang .
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Tabur tepung jagung, untuk senangkn kluarkan pavlova nnti.
Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C


Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Ayak tepung jagung keatas adunan yg dipukul kental tdi, kaub balik, tuang esen vanila dan cuka, kaub balik sebati dengan spatula.
Tuang atas baking paper tadi, bentukkan & sedia dibakar selama 1 1/2 jam, api atas bawah dengan suhu 100c.
Jika permukaan masih melekit, boleh tambah lagi 1/2 jam.
Bila dah masak, biarkan dahulu dlm oven dalam 15 minit baru kluarkn .
Pavlova akan kelihatan merekah, itu tandanya menjadi,





Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
anggur


Cara :
Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...