Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, February 2, 2016

Apam Kampung Gula Merah




Assalamualaikum.
Lama rasanya tak buat kuih apam ni .. atas permintaan seorang teman, Mas buatkan hari ini. Alhamdulillah, cantuik kejadian apam ni .. seronok tengok.
Untuk resepinya, Mas suka rujuk diblog ratu kuih talam, iaitu Kak Yatie - Sinar Kehidupanku. Terima kasih kak, Mas panjangkan resepinya disini pulak yerk.


Apam Kampung Gula Merah 



Bahan A 
1/2 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
2 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)


Bahan B

11gm yis mauripan
1/2 cwn air suam
1 sudu kecil gulahalus

Bahan C

4 cwn tepung gandum
secubit garam





Cara-Cara

Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. 
Kukus adunan selama 40 minit
Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. 
Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...