Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Sunday, January 17, 2016

Ayam Masak Bali - ringkas & sedap




Assalamualaikum.
Salam hujung minggu buat semua .
Menu untuk lunch hari ini .. mencuba Ayam Masak Bali yang menjadi viral di FB, 
Alhamdulillah, tak mengecewakan ... sedap sangat .
Untuk resepinya, Mas copy dari blog Dapur Tanpa Sempadan - Che Mat Gebu.
Mas shar resepinya disini yerk ..
Selamat mencuba 


Bahan2 :
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan2 kisar halus :
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

Cara :
Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik2kan, kemudian angkat dan toskan).
Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak. 
Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. 
Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
 Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. 
Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. 
Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. 
Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba




1 comment:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...