Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, September 2, 2015

Kuih Lapis yg sangat sedap.




Assalamualaikum.
Hari ni Mas nk share satu resepi yang Mas sangat suka .
Sangat sedap .... 
Resepi Mas dapat dari blog Kak Yati - Sinar Kehidupanku
Resepi asal dari Kak An - Periuk Tanah
TQ akak berdua..
Mas share disini pulak yerk.


Kuih Lapis


Bahan-Bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan  tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros



Cara membuatnya:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. 

Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. 

Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. 

Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. 

Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. 
Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. 
Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. 
Untuk lapisan terakhir, Mas kukus selama 20 minit.
K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
 Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. 

Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...