Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, July 1, 2015

Serimuka Durian yang sedap





Assalamualaikum.
First time rasa serimuka durian ...
waaalaaa .. serius sedap ..
Untuk resipi, Mas ambil dari blog Kak Norhayatie - Sinar Kehidupanku.
Terima kasih kak, Mas panjangkan resepinya disini yerk.


Serimuka Durian 



Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
sedikit garam


Cara-Caranya

Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.





Bahan Lapisan Atas

3 cawan santan
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 s/k garam


Cara-Caranya

Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.


**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...