Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Saturday, July 11, 2015

Biskut Telur Rebus yang sedap




Assalamualaikum.
Untuk kelainan, apa kata mencuba resipi Biskut Telur Rebus ni .
Memang sedap ... kelainannya sebab menggunakan kuning telur rebus .
Jadi, jom la mencuba membuat biskut ni ..
sedap tau .


Biskut Telur Rebus 
Resepi : Mamajay 
Sumber : Noorsha 

Bahan² : 5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja ) 
2 cawan gula halus - Mas kurangkan jadi 1 1/2 cawan 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan tepung jagung maizena
 1 cawan tepung kastad 
2 cawan planta @ butter 
1 sudu kecil esen vanila 
1 sudu kecil baking powder - Mas tk letak 
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja ) badam hiris secukupnya untuk hiasan



Cara² :
 1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek. 
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta. 
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris.  
5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.





1 comment:

  1. Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
    Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...