Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, June 24, 2015

Sambal Tumis Udang Yang Sedap




Assalamualaikum.
Antara juadah berbuka & sahur yang wajib Mas buat tiap minggu .
Sambal Tumis Udang Yang Sedap.
Makan dengan nasi panas dan sayur campur jerk dah cukup lazat.
Mas share cara membuatnya cara Mas.
Selamat mencuba yerk


Sambal Tumis Udang
Resipi : Mas Duniaku


Bahan :
15 ekor udang saiz sederhana
8 sudu besar cili kisar
1 biji bawang merah dihiris2
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 keping asam keping
Gula
Garam


Cara :
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
Tumis pula bawang yang dihiris hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan2 kisar dan cili kering & asam keping dan masak hingga benar2 garing dan masak dengan api sederhana.
Setelah sambal cantik garing, masukkan gula & garam secukup rasa. Kacau rata.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi. 
Sesuaikan rasa dan kepekatan dan boleh dihidangkan. 



4 comments:

  1. Replies
    1. masak api sederhana sampai garing memang dpt sambal mcm tu kak... lagi satu lupa nk ckp .... ltk gula merah sikit ..

      Delete
  2. Menari2 kalau dpt mkn sambal udang lg2 kalau tmbh petai siap guling2 kesedapan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...