Search This Blog

Thursday, June 25, 2015

Kuih Sagu yang cantik dipotong & tips supaya kuih lambat basi ...




Assalamualaikum.
Nak share satu jenis kuih yang evergreen yang menjadi kegemaran sejak kecik.
Kalau bulan Ramadhan, kuih ini ada salah satu kuih yang menjadi pilihan ramai orang.
Disini, Mas nak share tips mendapatkan kuih sagu yang cantik dan tips supaya kuih sagu ini lambat basi walaupun sudah disalut kelapa, Mas pernah simpan kuih sagu ini yang disalut kelapa dr tengahari sampai tengah malam, Alhamdulillah, masih elok lagi.
Jom mencuba cara Mas pulak yerk, Insya Allah berbaloi.



Kuih Sagu
Resepi : Mas Duniaku


Bahan :
500g sagu biji - basuh, toskan dan rendam 15 minit ( air agak2 sagu tenggelam )
2 helai daun pandan
pati sirap 
gula ikut manis - anggaran 1-2 senduk kecik
3 sudu besar tepung jagung






Cara :
Sagu yang telah dibasuh dan ditoskan tadi direndam dalam periuk, periuk tu guna yg besar yerk, senang nk kacau nanti.
Bila sagu telah kembang, letakkan atas dapur dan buka api sederhana .
Masukkan gula ikut manis, pati sirap anggaran 4 sudu besar, klu tak merah tambah lagi sikit2, daun pandan yang disirat dan 3 sudu besar tepung jagung.
Kacau sebati dan terus kacau hingga mendidih dan sagu menjadi pekat melekat, masih ada biji2 putih, 
Terus tuang kedalam loyang saiz 10x10 yang telah dialas plastik .
Ratakan dan kukus hingga sagu cantik jernih anggaran 40-55 minit.
Kemudian angkat loyang dari pengukus dan sejukan .


Nota :
Apabila loyang sagu dah diangkat, terus kukus kelapa.
1 biji Kelapa parut dikukus bersama daun pandan yang disirat, 
Anggaran selama 5 minit dengan api perlahan, 
Bila kelapa suam2 dan ada bau wangi pandan , jngn lama yerk, nanti kelapa jadi kuning.
Keluarkan daun pandan dari kelapa.
Letakkan garam secukup rasa pada kelapa, gaul sebati.
Potong kuih sagu yang telah sejuk dan gaulkan dengan kelapa.
Insya Allah kelapa yang dikukus tadi akan lambat basi, begitu juga dengan kuih sagu sebab telah dikukus selepas dimasak.
Selamat mencuba...





2 comments:

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.